Sunday 22 May 2016

Filled Under:

TERKINI! PUNCA SEBENAR KEMATIAN REMAJA TERJUN DARI BANGUNAN LOW YAT MENGEJUTKAN RAKYAT MALAYSIA ! MISTERI PENUH MISTERI !



    Semalam, lebih kurang jam 11.30 malam, ketika peniaga sedang sibung mengemas barang-barang ualan, seorang remaja berbangsa Cina mati setelah membuat keputusan nekad untuk terjun dari tingkat empat Plaza Low Yat.

    Mangsa dengan nama Tan Wai Kit yang berusia 22 tahun itu berasal dari Kampung Baru, Slim River, Perak.


    Mereka yang berada di tempat kejadian terus menghubungi pihak Hospital Kuala Lumpur untuk meminta bantuan.

    Menurut pegawai pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Lumpur, panggilan kecemasan diterima lebih kurang jam 11.41 malam dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

    Pemeriksaan ke atas mangsa di tempat kejadian mengesahkan bahawa beliau sudah meninggal dunia.
    Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, bekas majikan mangsa telah membuat laporan polis berikutan berlaku pecah amanah melibatkan mangsa.

    Namun semasa mengiringi mangsa turun dari tingkat empat untuk diserahkan kepada pihak berkuasa, Wai Kit tiba-tiba lari dan melompat terjun dari aras berkenaan.

    Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.




    0 comments:

    Post a Comment