Monday 23 May 2016

Filled Under:

ALLAH MAHA BESAR ! Bilal Mati selepas Azan Sebentar Tadi. Kekuasaan Allah yang MENGEJUTKAN orang islam di Malaysia ! Apa yang terjadi Menginsafkan kita.


    BUTTERWORTH, 23 Mei — Hasrat seorang bilal meninggal dunia di masjid dimakbulkan Tuhan apabila menghembuskan nafas terakhir selepas melaungkan azan zohor kelmarin.

    Mohd Radzi Othman, lebih dikenali Pak Ngah, mati sebelum sempat melaungkan iqamah dalam kejadian 1.20 tengahari, kata siak masjid Telok Air Tawar di sini Roslan Ismail.
    “Dia pergi mengambil wuduk, lepas ambil wuduk, saya lihat dia duduk antara dua sujud, tangannya memegang dada, mungkin dia sedang menahan sakit.


    “Saya terus pergi ke klinik kesihatan berhampiran dan bawa pembantu perubatan ke masjid, akhirnya Pak Ngah disahkan meninggal dunia,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

    Radzi, 78, bekas pegawai bomba, dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung dan jenazah dikebumikan di perkuburan Telok Air Tawar pada 8.30 malam.

    Anak arwah Mohd Fauzi Mohd Radzi, 48, berkata bapanya, yang pernah bertugas sebagai tentera, sememangnya mengimpikan untuk meninggal dunia di masjid.

    “Ayah sentiasa berdoa agar umurnya dipanjangkan, kalau nak habis umur pun biarlah dalam masjid.
    “Pada saya, itu mungkin amanat terakhir arwah kepada kami, anak-anaknya, tetapi saya bersyukur sebab Allah menerima apa yang dihajati ayah,” dia dilaporkan berkata.

    Fauzi menambah walaupun arwah seorang yang tegas namun mereka dididik dengan penuh kasih sayang.


    - See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/mati-selepas-azan-niat-bilal-habis-umur-di-masjid-termakbul#sthash.h9HRJVVG.dpuf




    0 comments:

    Post a Comment