KUALA LUMPUR, 24 Mei — Dua tahun menceburi perniagaan busana muslimah, Naelofar Hijab kini berbangga apabila hasil jualannya berada pada tahap begitu memberangsangkan.
Pemiliknya Nor Neelofa Mohd Noor berkata hasil jualan yang tinggi dan pantas itu hasil kerja keras lebih 400 stokisnya dari dalam dan luar negara.
- Mayat Sami Berusia 100 Tahun Masih Elok Dan Tidak Busuk, Lihat Apa Yang Ada Pada Muka Sami Itu
- Tak Sanggup Nak tengok Perempuan Ini Bergambar Dengan Buaya.
- Fungsi Butang Windows Pada Papan Kekunci
- Video: Wanita berhijab ditolak ketika tren sedang bergerak
- Kenapa Sudu McFlurry Berlubang, Petak Dan Mempunyai Klip?
“Setiap kali kami membuka pesanan saja, satu hingga lima minit akan habis dijual kepada stokis. Kadang kala ia mencecah RM1.2 juta hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit saja.
“Daripada situ kita boleh tengok kepercayaan orang dari segi kualiti dan harga yang kita tawar,” kata pelakon popular itu selepas pelancaran koleksi raya Naelofar Hijab di sini malam tadi.
Stokis Naelofar Hijab kini bukan saja di Malaysia malah di negara-negara luar seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Australia.
Sementara itu, pengarah urusan Naelofar Hijab mengumumkan koleksi tudung syarikat itu akan dijual di kota London pada hujung bulan depan.
Noor Nabila Mohd Noor berkata selain United Kingdom, jenama tudung itu akan dijual di Turki dan negara lain di Eropah hasil kerjasama dengan sebuah syarikat di Istanbul.
“Di London ada satu syarikat atas talian Haute Elan yang akan buka kedai di tengah kota raya itu. Naelofar Hijab satu-satunya produk tudung segera dari Malaysia yang akan dipasarkan.
0 comments:
Post a Comment