Sunday 22 May 2016

Filled Under:

KAMAL ADLI MENGAKU JUGA AKHIRNYA ! PENGAKUAN BERANI MATI YANG BUAT EMMA BERFIKIR DUA KALI !. biar betul Kamal adli. kenapa cakap camtu? Terlajak Perahu boleh diundur, Terlajak Kata badan binasa!


    KUALA LUMPUR: Ketika usianya memasuki 30 tahun, Sabtu ini, Kamal Adli mengaku dirinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. 


    Bintang drama Sha & Shah ini juga berkata, beliau tidak lagi mahu berkawan lama-lama dengan seseorang, bimbang sejarah lama cinta terputus di pertengahan jalan berulang. Beliau turut memberikan bayangan dirinya hanya menunggu lampu hijau daripada pihak Emma Maembong, saat ditanya mengenai hubungannya dengan pelakon wanita berusia 24 tahun berkenaan. Begitupun kata pemuda berasal dari Bentong, Pahang ini, beliau tidak boleh terburu-buru membuat keputusan berhubung hal itu kerana ia turut membabitkan soal masa depan insan lain. "Jujur saya hanya menunggu pihak Emma saja. Pada masa sama, Emma juga perlu mengambil kira soal keluarganya dan hal ini sudah tentulah bukan perkara main-main. 


    Tambahan pula Emma anak kesayangan bapanya. Saya pun tidak boleh komen lebih-lebih dalam bab ini. Lebih elok rasanya jika ditanya kepada bapanya juga. Saya rasa saya juga faham bagaimana perasaan orang tuanya.

     "Saya pun tidak menggatal dengan wanita lain. Malah, saya juga tiada apa lagi hendak difikirkan kalau menyentuh soal masa depan. Keluarga saya pula memang tidak menghalang jika saya meluahkan hasrat untuk berumah tangga," kata Kamal ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran kempen Karya 12 di sini, siang tadi. Diusik dengan pertanyaan apakah dirinya sudah mempunyai tarikh tertentu untuk melangsungkan hari bersejarahnya, pelakon ini menegaskan beliau belum menandakan sebarang hari untuk tujuan berkenaan. 

    "Saya tidak boleh hendak komen panjang-panjang mengenai persoalan, bila saya akan melangsungkan perkahwinan? Sebelum ini, saya ada mensasarkan untuk bergelar suami pada usia tertentu, namun ia tidak berlaku seperti diharapkan. Bagaimanapun semua pengalaman lalu membuatkan saya menjadi lelaki lebih matang. "Hendak mengulas lebih-lebih mengenai hubungan dengan Emma pun saya sebenarnya agak bimbang. Maklum saja, kalau kami tidak jadi kahwin, saya dan Emma juga yang akhirnya menjadi sasaran. 

    "Jadi, biarlah saya mengambil pendekatan bertenang saja dalam soal ini dan tidak keterlaluan saat memberikan ulasan," katanya yang terbabit dengan projek telefilem berjudul Rong Ples Rong Taim arahan Yusry Abdul Halim di bawah projek Karya 12. Dalam perkembangan lain, Kamal akan membintangi drama Assalamualaikum Cinta arahan Michael Ang, awal Mei depan. 


    Turut berlakon dalam naskhah berkenaan ialah Saharul Ridzwan dan Ayda Jebat. Sebelum itu, pasangan akrab ini bergandingan dalam telefilem Pontianak Sesat Dalam Kampung, terbitan Zeel Production. "Ikutkan, baik saya mahupun Emma memang cuba mengelak untuk terus digandingkan bersama dalam drama. Takut juga kalau kerap bergandingan, penonton mula berasa bosan. Jika sekali sekala berbuat begitu, kami rasa tiada masalah. "Ketika telefilem Pontianak Sesat Dalam Kampung disiarkan, ia mendapat sambutan hebat hingga menjadi antara cerita yang popular di Astro. Jadi, ia secara tidak langsung menjadi bukti memang ada orang hendak tengok kami berlakon sama," katanya.






    0 comments:

    Post a Comment