Sunday 22 May 2016

Filled Under:

TAHNIAH ! NORMAN HAKIM DAN ERRA FAZIRA ! CINTA KEMBALI BERPUTIK !. PEMINAT TERTUNGGU TUNGGU SAAT BAHAGIA INI !


    KUALA LUMPUR: Hasrat peminat melihat pelakon Norman Hakim digandingkan semula bersama Primadona Filem Melayu, Erra Fazira di layar perak bakal menjadi kenyataan apabila penerbit filem, Datuk Yusof Haslam mahu mempertemukan mereka dalam pembikinan filem versi terbaharu, Pasrah. 

    Selain Norman dan Erra, filem yang pernah ditayangkan pada tahun 2000 itu turut dibintangi Wilma Muhammad dan Abby Abadi. Filem ini pernah menerima kutipan pecah panggung sebanyak RM 2.74 Juta. Pelakon yang dikenali sebagai watak Inspektor Haris menerusi drama Gerak Khas itu ada memuat naik gambar di laman Instagramnya sedang mengadakan pertemuan dengan Yusof. 


    Kata Norman, Yusof mahu melakukan pembikinan semula versi baharu filem Pasrah selepas mendapat maklum balas yang positif daripada peminat. "Perkara ini masih lagi pada peringkat perbincangan. Semuanya akan dimuktamadkan selepas saya menyelesaikan penggambaran filem Tamil, Kabali. Saya berharap peminat berdoa supaya filem ini dapat direalisasikan. "Datuk Yusof berhasrat membuat kembali filem ini selepas mendapat permintaan peminat. 

    "Selain saya dan Erra, ada beberapa pelakon baharu lain dijangka akan terbabit," katanya yang masih sibuk dengan filem Kabali yang penggambarannya diteruskan di Malaysia. Kata Norman, 

    perbincangan juga tertumpu kepada kehadirannya semula dalam drama bersiri kepolisan, Gerak Khas. "Alhamdulillah, tahun 2016 ini menyaksikan kemunculan saya kembali memeriahkan industri seni selepas setahun berehat. Pada masa sama, saya masih lagi sibuk dengan urusan perniagaan yang dijalankan," katanya yang mengusahakan gimnasium, Mr Sado Gym & Fittnes yang dibuka di Petaling Jaya.







    0 comments:

    Post a Comment