Tuesday, 24 May 2016

Filled Under:

AKSI ROMANTIK ALIFF DAN CT NOORDIANA BUAT ISTERI RASA "JELIK". TAK SANGGUP ISTERI NAK TENGOK ADEGAN ROMANTIK MEREKA INI. ISTERI MANA TAK CEMBURU KAN KALAU DAH WAT ADEGAN CAMNI !


    KUALA LUMPUR, 23 Mei — Pelakon Alif Satar mendakwa isterinya tidak sanggup melihat adegan romantisnya bersama Siti Nordiana Alias dalam drama Dia Semanis Honey.
    Alif, 26, berkata Shadila Halid lebih cenderung menunjukkan reaksi jelik apabila adegan romantis itu disiarkan di saluran Astro Ria.


    “Isteri saya turut menonton drama tersebut tetapi paling kelakar apabila dia tidak mahu melihat adegan romantis dan kadang kala menunjukkan reaksi jelik kerana dia tahu itu bukanlah diri saya.
    “Apabila dia berasa cemburu, Sha akan mengekspresi perasaan tersebut dengan cara kelakar,” katanya kepada Kosmo!.

    “Pun begitu, dia sangat memahami diri saya kerana tanpanya saya tidak rasa mampu pergi sejauh ini.”

    Minggu ini episod akhir Dia Semanis Honey yang ditayangkan pada Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
    Alif, juga seorang penyanyi, membawa watak Ahnaf Wafiy bergandingan dengan Siti, penyanyi yang memenangi Gegar Vaganza 2, yang berlakon sebagai Hani Safira.

    Drama 16 episod yang diarahkan Michael Ang bersama Hadith Omar turut menampilkan Zainol MacWilson, Aleza Shadan, Nina Juren Haniff dan Ziha Salleh. 

    Penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku berkata drama Dia Semanis Honey menaikkan namanya selepas 10 tahun berkecimpung dalam arena seni.

    Tambahnya, walaupun pernah membintangi beberapa drama sebelum ini namun gandingannya bersama Siti menarik perhatian penonton.

    “Alhamdulillah, drama Dia Semanis Honey menaikkan nama saya dalam bidang lakonan. Diakui, saya bermula dengan nyanyian dan ramai yang mengenali saya sebagai penyanyi.
    “Mungkin faktor drama ini ditayangkan pada waktu tepat, selain dicampur dengan elemen populariti Siti Nordiana dan sentuhan pengarah Michael Ang, menjadikan drama ini meletup.

    “Secara tidak langsung, saya juga mendapat kesannya dan saya sangat gembira dengan sambutan ini,” beliau dilaporkan berkata.






    0 comments:

    Post a Comment