Tuesday, 24 May 2016

Filled Under:

Akhirnya, Fasha Sandha TIDAK TAHAN, Terkeluar KATA-KATA yang TIdak Sepatutnya Didengar Oleh JEJAI ! . Dah lama sangat TAHAN. Fasha Sandha TUNJUK SIAPA SEBENARNYA dirinya !



    Nampaknya kehidupan Fasha Sandha terus hangat dan dilanda pelbagai kontroversi sejak dia bercerai dengan suaminya pada 20 Januari lalu. Terkini, Fasha atau na­ma sebenarnya, Nur Fasha San­dha Hassan, telah meluahkan perasaannya di laman Instagram bagi menyedarkan 'seseorang' yang didakwanya terlampau taksub dengan kekayaan dan kuasa yang ada. 

    "Jangan lupa, kaya atau miskin, tetap masuk kubur yang sama, tiada bezanya. Jadi jangan lupa, negara ada undang-undang, tak kira untuk yang kaya mahupun yang miskin. 

    "Kaya, pangkat darjat sekalipun, kalau salah,tetap salah. Jadi tak perlu cuba menidakkan perkara yang tetap salah daripada hukuman dan undang-undang. 


    "Sekiranya 'berjaya' menggunakan pangkat dan darjat untuk perkara yang semestinya salah, maka beringatlah, Allah ada, Allah lebih mengetahui dan Allah Maha adil, maka terimalah hukuman yang setimpal daripada Allah yang maha Esa di akhirat kelak. Renung-renung kan," tulis Fasha seolah memulang paku buah keras.

    Untuk info, pada Isnin lalu, Fasha telah membuat laporan di Balai Polis Ampang terhadap bekas suaminya Jejai. Namun dia tidak menjelaskan kenapa laporan tersebut dibuatnya dan hanya menyatakan ia sedang dalam siasatan pihak polis. 

    Sementara itu, semalam Jejai tiba-tiba tampil menafikan dakwaan Fasha dan me­negaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang memalukan dirinya. Selain itu, dia juga meminta pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya dakwaan yang dia menceroboh rumah pelakon itu. 




    0 comments:

    Post a Comment