Saturday 23 July 2016

Filled Under:

TIPS JIMAT RM200 Untuk INTERNET RUMAH ANDA!!.5 Langkah Mudah TINGKATKAN KELAJUAN INTERNET RUMAH ANDA Sehingga Selaju UNIFI

    Terbukti Berkesan..5 Langkah Mudah TINGKATKAN KELAJUAN INTERNET RUMAH ANDA Sehingga Selaju UNIFI




    Langkah 1 : Akses Configuration Router Anda

    Sponsored Links

    Untuk mengakses configuration router, taip 192.168.1.1 pada pelayar internet anda. Jika anda menggunakan router seperti dalam gambar di atas, model INNATECH-W700N (Innacom) username dan password adalah seperti berikut :
    Login : tmadmin
    Password : Adm@XXXX – disini XXXX merujuk kepada empat angkat terakhir MAC Address router tersebut. Boleh rujuk di pelekat di bahagian bawah router.
    Trik Berkesan Lajukan Wifi Internet Rumah Bagi Router TM

    Langkah 2 : Menukar Wi-Fi kepada Wireless N sahaja

    Setting asal bagi kebanyakan router ialah Wi-Fi B/G/N iaitu signal “radio” yang menyokong peranti “legacy” dari zaman sedekad lepas hingga ke sekarang. Peranti moden seperti laptop generasi baru, iPhone, peranti Android kebanyakannya menyokong sambungan Wifi b/g/n/ac.
    Masalah utama ialah penggunaan mode wifi b/g/n pada peranti moden boleh menjejaskan “speed” wifi transfer itu sendiri. Oleh itu, bagi mengurangkan bottleneck saya sarankan bahawa anda set wifi mode kepada Wifi N sahaja.
    AMARAN : JIKA ANDA MENGGUNAKAN DEVICE YANG MENYOKONG Wifi G sahaja, jangan buat langkah ini kerana di khuatiri anda menghadapi masalah tidak dapat connect ke WIFI.
    Tekan “Apply Changes” untuk menyimpan setting terbaru.
    #Nota 1: Kalau tak boleh proceed, sila buat langkah 3 dulu kemudian baru tukar kepada WPA2.
    #Nota 2 : Laptop atau model telefon lama mungkin tidak mesra wireless N atau tidak dapat connect langsung.

    Langkah 3 : Menukar security kepada WPA2

    Kebanyakan router juga masih mengekalkan wifi security jenis WEP sebagai default settings. Masalah utama WEP ialah boleh menyebabkan kelajuan transfer data melalui wifi dibawah prestasi sebenar selain sekuriti WEP yang mudah digodam.
    Biasa dengar kes curi wifi? Saya yakin kebanyakan wifi yang kena curi itu masih guna sekuriti WEP.
    Untuk lebih lajukan wifi transfer, tukar sekuriti kepada WPA2 (AES) dan apply changes, kemudian restart router anda.

    Langkah 4 : Menukar DNS kepada Google DNS

    Saya pernah tulis mengenai Google DNS, enam tahun lepas. Tapi hari ini ianya masih relevan. Google DNS tidak meningkatkan kelajuan wifi tetapi membantu anda melayari web dengan lebih pantas. Untuk menukar DNS pada router TM, masuk 192.168.1.1 > Service > DNS > Set DNS Manually > 8.8.8.8 dan 8.8.4.4.

    Langkah 5 : Menukar kedudukan router

    Router TM biasanya guna ‘internal antenna” jadi signal tidak kuat berbanding router yang ada 2 atau tiga tanduk, dan boleh menjadi bertambah lemah sekiranya banyak halangan. Letak router di kawasan utama dan terbuka dan elakkan dari meletak router di bilik paling hujung atau tempat tersorok. Percayalah, kalau signal tidak banyak halangan, wifi pun akan jadi kuat dan laju.
    —————————————–
    Secara teori anda akan merasakan perubahan yang agak drastik terutamanya bila streaming dan bermain online games. Router TM banyak limitasinya, seperti signal yang tidak kuat kerana antena terbina dalam, jumlah RAM yang rendah (tidak mampu menambung banyak peranti pada masa sama) dan tiada sokongan dual-band.





    0 comments:

    Post a Comment