Friday, 29 July 2016

Filled Under:

Nasib ISTERI MALANG Yang Teraniaya...Suami Nekad BONGKARKAN SEBAB MEMALUKAN CERAIKAN ISTERI Selepas 3 JAM NIIKAH

    Nasib ISTERI MALANG Yang Teraniaya...Suami Nekad BONGKARKAN SEBAB MEMALUKAN CERAIKAN ISTERI Selepas 3 JAM NIIKAH 



    Semalam kecoh dengan isu wanita yang diceraikan suaminya selepas hanya 3 jam sah bernikah. Ramai yang mengasihani nasib wanita yang berusia 21 tahun itu. Tidak kurang juga yang mengutuk tindakan bekas suaminya yang tergamak menceraikan isterinya sedangkan mereka baru sahaja bernikah.
    Bagaimanapun menerusi laporan Kosmo hari ini, bekas suami wanita berkenaan yang mahu dikenali sebagai Azhar, 19, memberitahu, dia tidak melafazkan cerai ke atas isterinya itu atas faktor emosi sebaliknya berbuat demikian dalam keadaan sedar. Azhar mendakwa, dia mempunyai sebab-sebab tertentu yang enggan dikongsi dengan pihak luar kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

    “Saya ceraikan isteri dalam keadaan waras. Biar lah mereka nak kata apa yang pasti saya hormat ibu bapa, segala keputusan di buat oleh ibu dan bapa, saya tidak mahu memberi penjelasan di khuatiri memanjangkan permasalahan tersebut.” Demikian pengakuan bekas suami wanita yang dijatuhkan talak tiga hanya selepas tiga jam mereka melangsungkan majlis pernikahan di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini pada Ahad lula.
    Sehubungan itu azhar memohon semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menenangkan fikiran sebelum meyelesaikan kes penceraian di Mahkamah terlebih dahulu. Dia kini berada di dalam keadaan tertekan lebih-lebih lagi kisah pernikahan dan penceraian menarik perhatian masyarakat.

    p/s: Harap kedua-dua mereka dan keluarga masing-masing bertenang dan hadapi situasi ini dengan sebaiknya tanpa ada sebarang tindakan yang salah…






    0 comments:

    Post a Comment