Seorang remaja lelaki tidak menyangka perutnya yang membesar sedikit demi sedikit adalah disebabkan janin kembarnya yang ‘menumpang hidup’ secara parasit dalam perut sehinggalah terpaksa dibuang selepas berusia 15 tahun. Kes yang menggemparkan negara ini, berkemungkinan baru pertama kali dilaporkan di Malaysia, tetapi bukanlah yang pertama di dunia, malah pernah direkodkan di India pada 1999 apabila seorang lelaki berusia 36 tahun juga mengalami fenomena sama yang dipanggil fetus in fetu.
Kes serupa juga pernah dilaporkan berlaku di Indonesia pada 2013, ia dipercayai berlaku pada awal peringkat kehamilan apabila salah satu janin kembar menyelaputi tubuh janin yang satu lagi. Rabu lalu, remaja lelaki yang dikenali dengan nama Shahril, 15, dikatakan berjaya menjalani pembedahan akibat sakit perut di sebuah hospital di sini, dan terkejut apabila mengetahui ‘makhluk’ yang dikeluarkan itu merupakan kembar yang tumbuh secara parasit.
Sumber terdekat dengan Shahril menceritakan, janin yang dikeluarkan itu boleh dilihat dengan mata kasar mempunyai rambut bergulung sama panjang dengan ketinggiannya, selain kaki dan tangan termasuk alat sulit yang sudah pun terbentuk. Sumber itu berkata, sejak dari kecil, Shahril pernah dibawa menjalani pemeriksaan berikutan keadaan saiz perutnya yang membulat tidak seperti kanak-kanak lain, namun doktor tidak melakukan apa-apa pembedahan memandangkan dia tidak pernah rasa sakit.
KUALA LUMPUR, 24 Mei — Dua tahun menceburi perniagaan busana muslimah, Naelofar Hijab kini berbangga apabila hasil jualannya berada pada tahap begitu memberangsangkan.
Pemiliknya Nor Neelofa Mohd Noor berkata hasil jualan yang tinggi dan pantas itu hasil kerja keras lebih 400 stokisnya dari dalam dan luar negara.
“Setiap kali kami membuka pesanan saja, satu hingga lima minit akan habis dijual kepada stokis. Kadang kala ia mencecah RM1.2 juta hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit saja.
“Daripada situ kita boleh tengok kepercayaan orang dari segi kualiti dan harga yang kita tawar,” kata pelakon popular itu selepas pelancaran koleksi raya Naelofar Hijab di sini malam tadi.
Stokis Naelofar Hijab kini bukan saja di Malaysia malah di negara-negara luar seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Australia.
Sementara itu, pengarah urusan Naelofar Hijab mengumumkan koleksi tudung syarikat itu akan dijual di kota London pada hujung bulan depan.
Noor Nabila Mohd Noor berkata selain United Kingdom, jenama tudung itu akan dijual di Turki dan negara lain di Eropah hasil kerjasama dengan sebuah syarikat di Istanbul.
“Di London ada satu syarikat atas talian Haute Elan yang akan buka kedai di tengah kota raya itu. Naelofar Hijab satu-satunya produk tudung segera dari Malaysia yang akan dipasarkan.
Nampaknya kehidupan Fasha Sandha terus hangat dan dilanda pelbagai kontroversi sejak dia bercerai dengan suaminya pada 20 Januari lalu. Terkini, Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, telah meluahkan perasaannya di laman Instagram bagi menyedarkan 'seseorang' yang didakwanya terlampau taksub dengan kekayaan dan kuasa yang ada.
"Jangan lupa, kaya atau miskin, tetap masuk kubur yang sama, tiada bezanya. Jadi jangan lupa, negara ada undang-undang, tak kira untuk yang kaya mahupun yang miskin.
"Kaya, pangkat darjat sekalipun, kalau salah,tetap salah. Jadi tak perlu cuba menidakkan perkara yang tetap salah daripada hukuman dan undang-undang.
"Sekiranya 'berjaya' menggunakan pangkat dan darjat untuk perkara yang semestinya salah, maka beringatlah, Allah ada, Allah lebih mengetahui dan Allah Maha adil, maka terimalah hukuman yang setimpal daripada Allah yang maha Esa di akhirat kelak. Renung-renung kan," tulis Fasha seolah memulang paku buah keras.
Untuk info, pada Isnin lalu,Fasha telah membuat laporan di Balai Polis Ampangterhadap bekas suaminya Jejai. Namun dia tidak menjelaskan kenapa laporan tersebut dibuatnya dan hanya menyatakan ia sedang dalam siasatan pihak polis.
Sementara itu,semalam Jejai tiba-tiba tampil menafikan dakwaan Fasha dan menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang memalukan dirinya. Selain itu, dia juga meminta pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya dakwaan yang dia menceroboh rumah pelakon itu.
KUALA LUMPUR, 23 Mei — Pelakon Alif Satar mendakwa isterinya tidak sanggup melihat adegan romantisnya bersama Siti Nordiana Alias dalam drama Dia Semanis Honey.
Alif, 26, berkata Shadila Halid lebih cenderung menunjukkan reaksi jelik apabila adegan romantis itu disiarkan di saluran Astro Ria.
“Isteri saya turut menonton drama tersebut tetapi paling kelakar apabila dia tidak mahu melihat adegan romantis dan kadang kala menunjukkan reaksi jelik kerana dia tahu itu bukanlah diri saya.
“Apabila dia berasa cemburu, Sha akan mengekspresi perasaan tersebut dengan cara kelakar,” katanya kepada Kosmo!.
“Pun begitu, dia sangat memahami diri saya kerana tanpanya saya tidak rasa mampu pergi sejauh ini.”
Minggu ini episod akhir Dia Semanis Honey yang ditayangkan pada Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Alif, juga seorang penyanyi, membawa watak Ahnaf Wafiy bergandingan dengan Siti, penyanyi yang memenangi Gegar Vaganza 2, yang berlakon sebagai Hani Safira.
Drama 16 episod yang diarahkan Michael Ang bersama Hadith Omar turut menampilkan Zainol MacWilson, Aleza Shadan, Nina Juren Haniff dan Ziha Salleh.
Penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku berkata drama Dia Semanis Honey menaikkan namanya selepas 10 tahun berkecimpung dalam arena seni.
Tambahnya, walaupun pernah membintangi beberapa drama sebelum ini namun gandingannya bersama Siti menarik perhatian penonton.
“Alhamdulillah, drama Dia Semanis Honey menaikkan nama saya dalam bidang lakonan. Diakui, saya bermula dengan nyanyian dan ramai yang mengenali saya sebagai penyanyi.
“Mungkin faktor drama ini ditayangkan pada waktu tepat, selain dicampur dengan elemen populariti Siti Nordiana dan sentuhan pengarah Michael Ang, menjadikan drama ini meletup.
“Secara tidak langsung, saya juga mendapat kesannya dan saya sangat gembira dengan sambutan ini,” beliau dilaporkan berkata.
Jujur dan amanah antara faktor kebahagiaan rumahtangga. Malah kunci ini juga berguna sekiranya kita bawa kemana sahaja di dalam hidup kita. Jujur dan amanah dengan tugas yang dipikul antaranya.
Tidak dapat dipastikan di mana atau bagaimana kisah gelap misi Zana bermula, samada ianya bermula dengan ‘sembang cinta terlarang’ di akaun facebook atau pun cair dengan ayat-ayat madah teman sekantor.
Mungkin kerana ruang kebebasan terbentang luas atas nama waktu kerja yang berjadual seorang jururawat atau sengaja ingin mencuba pucuk muda yang lebih ganteng dari suami sendiri atau sememangnya nafsu seks yang ada kaitan dengan genetik?
Menurut orang kampung Zana, ibunya sendiri 7 kali menjanda.
Suami percaya penuh kepada Zana. Tidak pernah curiga dengan jadual tugas yang diberi. Siang dan malam pertukaran syif pun si suami percaya bulat-bulat. Tambahan waktu kerja juga si suami tidak pernah bertanya kepada Zana. Bagi suami, isterinya antara pekerja di tempat yang memerlukan pengorbanan masa bersama keluarga. Hospital !!.
Bagaikan disambar petir tengkujuh, hati suami mana tidak hancur apabila isteri kepada seorang petugas hospital tempat yang sama misi Zana bertugas datang mengadu dan tunjukkan bukti bahawa antara keduanya ada ‘putik cinta’. Paling mengaibkan ada bukti dialog seks lucah berahi antara misi Zana dan suami orang yang sepejabat dengannya, Malek!!
Terdetik di hati suami misi Zana ketika itu, apakah ini ujian fitnah terhadap keluarganya atau apa?
Suami tertanya, di manakah mereka melampias nafsu atau sekadar seronok sembang lucah di telefon masing-masing? Tidak mungkin Zana berani gunakan hotel di pekan yang kecil tersebut malah jauh sekali berani gunakan hotel ‘negeri hudud’.
Segala pertanyaan yang bersarang di kepala si suami sebenarnya proses pertama ke arah kehancuran rumahtangga. Bukannya diminta telan bulat-bulat kata adu dari orang lain tetapi sikap ‘terlalu positif’ bakal memakan diri. Sedar tak sedar, misi Zana sudah jauh berselimut dengan dosa bersama suami orang.
Suami misi Zana juga amat naif, ditipu hidup-hidup apabila dengan mudah misi Zana menyangkal tuduhan tersebut dengan seribu kalimat cinta kononnya tidak berbelah bahagi.
Keruh rumahtangga hanya sekejap bila bisikan manja memujuk dan pertahankan diri misi Zana berjaya longlaikan suaminya. Rumahtangga mereka tenang seketika namun jauh disebalik itu hakikatnya misi Zana sedikit pun tidak merasa takut untuk teruskan permintaan nafsunya yang sudah tidak mampu disejukkan lagi.
Menurut sumber dalaman hospital tersebut, suami orang yang sempat menjamah misi Zana dikatakan sudah berpindah ke tempat lain dan dikawal rapi oleh isterinya. Terputus hubungan antara misi Zana dan Malek bukan bermaksud terputusnya nafsu iblis yang masih bersarang di tubuh misi Zana.
Tambah sumber, suami misi Zana masih memberi ruang kepada Zana untuk memperbaiki diri dan kembali kepada hidup berkeluarga yang diredhai Allah swt. Siapa boleh menjangkakan apa yang bakal berlaku sesaat kemudian? Belum surut nafsu berahi terhadap Malek, misi Zana mula memburu lagi. Kali ini Bos beliau sendiri?
Jelas sumber, bisik-bisik di kaunter pesakit dan di dalam whatsApp group mula menjurus seribu persoalan, kenapa Bos misi Zana tidak kenakan apa-apa tindakan disiplin terhadap mana-mana pekerja yang didapati mencemarkan nama institusi tempat mereka mencari rezeki halal?
Atau mungkin kenyataan dari pihak yang terlibat tidak cukup untuk dijadikan bukti betapa wujudnya perlakuan sumbang antara kedua staf?
Apakah Bos Zana menunggu gambar sebagai bukti dalam kisah asmara curang ini? Atau mungkin ada rakaman cctv yang telah dipadamkan atau menjadikannya sebagai alat mengugut misi Zana untuk tampung lampias nafsu sendiri?
Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui kenapa Bos Zana tidak bertindak sehingga ke saat ini.
…bersambung…kejutan aksi antara misi Zana, pucuk baru dan Bos Zana….zana makin berani..makin bernafsu..
KOTA BARU, 17 April — Usaha menghalau makhluk halus di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 belum berhasil hari ini apabila masih kedengaran jeritan mereka yang histeria.
Wartawan dan jurugambar yang berada di pintu masuk sekolah, yang dilarang masuk, terkejut dengan jeritan dan raungan dari kawasan sekolah, lapor portal Star Online.
Sekolah ini dilaporkan mengambil cuti Khamis lalu untuk meredakan ketakutan pelajar setelah lebih 100 pelajar dan guru diserang histeria minggu lalu.
Pengamal perubatan Islam dan bomoh Cina juga dipanggil untuk meredakan keadaan, lapor portal itu lagi.
Sesi bacaan al-Quran dan berdoa turut diadakan tetapi apabila sekolah dibuka semula hari ini, histeria masih berlaku.
Minggu lalu, akhbar Kosmo! melaporkan lebih 50 pelajar dan beberapa guru diserang histeria kerana didakwa terlihat makhluk halus sejak Isnin.
Satu sumber di Jabatan Pendidikan Kelantan dipetik sebagai berkata kira-kira 900 pelajar diarahkan mengambil cuti berikutan serangan histeria, yang menimbulkan ketakutan pelajar dan kakitangan.
Menurut harian itu lagi, kejadian bermula apabila beberapa pelajar mendakwa terlihat “hantu pocong” di sebuah kelas kosong.
Pelajar tersebut kemudian rebah, meracau-racau dan berguling-guling di atas lantai sebelum serangan histeria itu menjangkiti pelajar lain.
Tinjauan Kosmo! pada Rabu mendapati sesi persekolahan berjalan seperti biasa tetapi kebanyakan pelajar perempuan tiada di bilik darjah.
Mereka sebaliknya berkumpul di satu kawasan sekolah membaca al-Quran dan berdoa.
“Kami tidak dapat belajar seperti biasa akibat kejadian ini sejak Isnin. Malah ada beberapa guru perempuan dan seorang pelajar lelaki yang turut dirasuk.
“Pelajar yang dirasuk mendakwa mereka terlihat lembaga seperti pocong dan pontianak di beberapa kawasan sekolah seperti kelas kosong serta tandas,” kata seorang pelajar tingkatan tiga kepada akhbar itu.
Tanda Tanda Wanita Mengandung Anak Jin| jin, seperti juga manusia, boleh menghamilkan seseorang wanita yang disetubuhinya dan seterusnya melahirkan anak kacukan jin-manusia.
Ini dinyatakan oleh Prof Madya Dr Haji Jahid Haji Sidek, bekas pensyarah di Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Bahagian Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang kini merupakan pengamal perubatan Islam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kisah utama yang dipaparkan dalam VARIASI keluaran ini di mana seorang wanita mengesyaki dirinya pernah disetubuhi oleh hantu raya belaan suaminya. Malah wanita iru bimbang kalau-kalau ada antara anak-anaknya adalah hasil hubungannya dengan hantu raya tersebut.
"Ya, seseorang wanita boleh melahirkan anak jin jika dia telah berjimak dengan jin itu. Selalunya perkara ini terjadi pada para isteri yang suami mereka ada menyimpan belaan seperti hantu raya. Dalam hal ini, jin pun ada nafsu batin juga. Dia akan mendatangi isteri tuannya tadi dengan menyerupai tuannya lalu melakukan jimak.
"Ramai isteri yang tertipu kerana jin itu menyerupai suami mereka. Cara mereka berjimakpun sama seperti kita, manusia. Dan benih jin yang masuk ke dalam rahim isteri tuannya tadi juga boleh mengandungkan si isteri tadi/' jelas Ustaz Jahid.
Kata Ustaz Jahid lagi, bayi campuran manusia dan jin iru tetap dilahirkan normal seperti bayi manusia yang lain.
"Zuriat begini walaupun ada darah jin tapi bila lahir ke dunia, dia akan jadi manusia biasa seperti kita. Dan golongan ini jika kita buat ujian DN A, ianya tidak akan sama dengan ibu bapanva kerana dia adalah campuran jin. Cuma, setakat ini rasanya perkara ini belum pernah dibuat' terang Ustaz Jahid.
Bagaimanapun menurut Ustaz Jahid, secara zahir memang sukar untuk kita menuduh seseorang itu sebagai anak jin walaupun ibunya pernah mengadakan hubungan kelamin dengan makhluk jin.
"Seperti juga manusia., tentu sukar untuk kita meneka adakah anak yang dilahirkan anak kandung si suami atau tidak walaupun terbukti isterinya pernah melakukan zina dengan lelaki lain. Kecuali jika dibuktikan melalui ujian DNA.
"Begitu juga dengan jin. Walaupun terbukti si isteri pernah disetubuhi oleh jin tapi sukar untuk kita menyatakan anak yang dilahirkan-nya adalah anak jin kerana dia juga melakukan jimak dengan suami-nya."
Ciri-ciri untuk mengenal pasti anak itu keturunan jin, Ustaz jahid menjelaskan
"Kehidupannya seperti manusia. Cuma kita boleh nilai perangainya. Kalau anak hantu raya, sudah tentu-lah perangainya juga macam hantu rava. Pun begitu, memang terlalu sukar untuk kita mengenal pasti. Kalau kita lihat keadaan sekarang, anak manusiapun berperangai macam jin," kata Ustaz Jahid.
Menurut Ustaz jahid, seorang rakannya pernah menceritakan kisah sepasang remaja yang tidak dapat berkahwin walaupun berlainan keluarga.
"Keluarga pasangan ini berkawan baik. Jadi, bila anak-anak mereka dan besar, mereka ingin mengahwinkan anak mereka. Pasangan itu juga menyukai antara satu sama lain. Maklumlah, dah berkawan sejak kecil. Akhirnva mereka ditunangkan. "Dalam waktu menunggu masa tarikh perkahwinan mereka, ada bapa jin datang bertemu mereka berdua dan mengatakan mereka tak boleh berkahwin. Jin itu menerangkan dia adalah bapa sebenar kepada pasangan itu, bermakna pasangan itu adalah adik-beradik kerana mempunyai avah yang sama daripad a golongan jin.
"Akhirnya, pasangan itu mengambil keputusan tidak jadi melangsungkan perkahwinan mereka dan memberitahu kepada kedua keluarga tentang hal itu. Mereka tak sangka ayah mereka dari kaJangan jin. Rupanya, bapa jin itu dulu ber-jimak dengan kedua-dua ibu pasangan tersebut.
"Bagaimana bapa jin itu datang menemui anaknya tidak dapat saya pastikan kerana cerita ini diceritakan oleh seorang kenalan saya," cerita Ustaz Jahid.
Tambahnya lagi, mungkin jin yang seperti diceritakan dalam kes pasangan tersebut adalah jin Islam. Kerana itu dia melarang anak-anak-nya itu berkahwin kerana mereka adalah adik-beradik.
"Sama juga macam manusia. Memang tidak boleh dan tidak berlaku dalam masya-rakat kita adik-beradik berkahwin sesama sendiri. "Isteri yang tahu suaminya ada membela sesuatu sebaiknya cuba menasihatkan suami supaya meninggalkan amalan tersebut. Kerana dalam hal ini, isteri menjadi mangsa nafsu peliharaan suaminya itu.
"Walaupun peliharaan itu datang menyerupai si suami, selalunya isteri pasti dapat mengesan perubahan pada sikap suaminya itu. Jika isteri dah rasa was-was atau tidak yakin itu suaminya, jangan layan ketika berada di ranjang. Berdosa seseorang isteri melayan orang yang diraguinya bukan suaminya tetapi menyerupai suaminya kerana itu adalah permainan jin' nasihat Ustaz Jahid.
TANDA WANITA DIROGOL JIN
Dapat di kesan Tanda2 peringkat awal :
1) Tidur dihimpit lembaga
2) Terasa seperti ada sesuatu baring atau tidor disebelah
3) atau ternampak kelibat lembaga.
MAkhluk jin ini sentiasa memerhatikan mangsanya tidur seperti :
1) Suka tidur keadaan sexy
2) Suka tidor terkangkang
3) Tidor seorang diri atau
4) Tidor tapak tangan tebuka
5) Tidor Suka telentang.
Oleh sebab itu Nabi SAW "melarang wanita tidur telentang dan lelaki tidor meniarap" ,Sunnah NabiSAW sendiri mengajar agar kita tidor secara mengiring dengan mengepit kaki.
BAGAIMANA MENGESANNYA:
1) BAngun tidUr badan rasa letih2
2) Ada kesan lebam di peha atai celah peha
3) Mendengar sesorang main Guli @
4) Mendengar sesorang berbisik di telinga
5) antara lain di kaki ada seperti corak batik
Biasanya perkara ini berlaku pada peringkat 26-30 tahun , terjadi kpd wanita yg berkerja. dan malas untuk memikirkan soal kahwin.
PERINGKAT AKHIR:
Apabila berlaku kes rogol begini, wanita akan membiarkan karenah ini kerana merasakan tidak mampu melaawan lagi kerana sudah terlalu lama dan akhirnya mereka biarkan sahaja. Pengalaman ini akan menjadi wanita merasai
1) Khayal dan lazat
2) Tidak bercumbuan dan bersetubuh
3) Tidak merasakan mahu berkahwin
4) Klimaks atau basah dgn mencapai nikmat jimak
5) ada kes tertentu wanita merasakan mengandung dan melahirkan anak dalam mimpi serta menyusukan babi @ dipanggil SAKA yg diturunkan dari anak Jin itu.
6) Ada juga kes anak yang ndikandung itu hilang bila kandungan mencecah 9 bulan. Tanpa diduga. Menurut Dr Haron Din antara lain kemungkinan besar benih jin itu lebih besar dr benih manusia dan menyebabkan jin itu mengambil anaknya.
Tanda tanda wanita mengandung anak jin.
1.Emosi tidak stabil
2.Panas baran
3.Sering bersendirian dan takut dengan orang.
4.Sering bermimpi berjimak
5.tidak memikirkan tentang jodoh
6.perut buncit seperti halnya orang mengandung(apabila cukup bulan isi kandungan hilang)
Jika anda, anak anda atau Isteri anda mengalami masalah seperti yang saya sebutkan di atas, berSEGERAlah menemui Perawat Islam bagi Menangani masalah itu denga segera.