Friday, 2 September 2016

Filled Under:

"Bila SUAMI TENGOK FILEM HINDUSTAN, Dia SANGGUP JILAT DAN CIUM Semuanya.."!! Isteri TANGGUNG DERITA BATIN Selepas SUAMI DAPAT SAKIT MISTERI..Cepat JUMPA DOKTOR Jika SUAMI DISERANG PENYAKIT BAHAYA Ini.

    "Bila SUAMI TENGOK FILEM HINDUSTAN, Dia SANGGUP JILAT DAN CIUM Semuanya.."!! Isteri TANGGUNG DERITA BATIN Selepas SUAMI DAPAT SAKIT MISTERI..Cepat JUMPA DOKTOR Jika SUAMI DISERANG PENYAKIT BAHAYA Ini.



    SAYA wanita berumur 27 tahun, sudah empat tahun berkahwin dan ada anak perempuan berumur tiga tahun. Saya dan suami berkahwin selepas tujuh tahun menyulam cinta. Dia suami yang baik dan penyayang.

    Bagaimanapun, ketika hamil hidup saya mula tertekan selepas dapat tahu suami gemar beronani. Apabila dia menonton filem Hindustan wanita menari dan pakai pakaian seksi, dia beronani sehingga klimaks. Dia ingat saya tidak tahu. Sebenarnya saya tahu tapi mendiamkan diri kerana tidak mahu dia malu. Namun, saya akhirnya hilang sabar apabila dia masih teruskan tabiat itu di belakang saya.

    Lama kelamaan perangai gila seks suami saya makin parah. Satu hari Allah sengaja nak tunjukkan pada saya. Suami sangka saya tidur ketika dia asyik menonton cerita Hindustan di televisyen. Saya lihat dia menyentuh kaca televisyen yang ketika itu menayang dada perempuan menari. Malah, dia juga menjilat dada perempuan dalam kaca televisyen itu.

    Hancur luluh hati melihat suami bersikap gila seks begitu. Ketika itu umur anak kami setahun. Saya menasihatinya cara baik, tapi dia hanya diam dan senyum. Di belakang saya, dia masih melakukan perbuatan memalukan itu. Ketika anak berumur dua tahun, saya ulangi nasihat kepadanya dan memberitahu perbuatannya berdosa, namun dia masih melakukannya.

    Kadangkala dia tidak melakukan hubungan kelamin bersama saya sehingga lebih sebulan, tetapi dia puaskan dirinya dengan onani dan berimaginasi mengenai wanita seksi yang ditontonnya dalam televisyen. Saya tidak sangka mendapat suami gila seks seperti ini.

    Pernah satu hari dia tinggalkan saya di rumah kawan pada waktu malam dan pulang ke rumah. Ketika itu adik perempuan saya tinggal dengan saya. Selepas itu adik saya beritahu, suami saya bersikap lain macam dengannya. Tidak mahu perkara buruk berlaku, saya terus hantar adik saya pulang ke kampung. Ini kerana saya pernah lihat cara suami memandang adik saya dari bawah ke atas penuh bernafsu.

    Ketika menulis surat ini, tangan saya menggigil dan hati saya hancur. Saya kini berubah menjadi pendiam, tapi suami tak pernah kisah.

    Saya bangun malam untuk menunaikan solat tahajud dan berdoa semoga dia berubah. Saya pernah bertanya adakah dia tidak puas bersama saya dan sebab itulah dia suka beronani, tapi dia buat tidak tahu.

    Kebelakangan ini dia suka merakam aksi perempuan tidak berbaju untuk disimpan dalam telefon bimbitnya. Mungkin mudah untuk dia beronani di luar rumah tanpa pengetahuan saya. Saya sudah letih dengan hal ini dan sangat tertekan.

    Saya masih menghormatinya sebagai suami. Saya sanggup bekerja biarpun sebagai kuli demi meringankan beban suami yang gaji tidak seberapa. Saya juga beritahu suami, jika ada perempuan lain yang dia suka, kahwinlah. Saya reda jika Allah takdirkan saya hidup bermadu. Namun, saya tidak mahu bercerai kerana tidak rela anak saya hilang kasih sayang ayahnya.


    Demi Allah, saya reda biar hati saya menderita asalkan anak bahagia. Saya tidak tahu apakah suami saya mampu berubah, cuma saya harap dia bertaubat sebelum sakaratul maut. Saya ubah rambut, jaga kesihatan dan berat badan. Saya sentiasa mencantikkan diri dengan alat solek dan melakukan diet senaman, tapi saya rasa seperti sia-sia.




    0 comments:

    Post a Comment