Tuesday 6 September 2016

Filled Under:

Bapa Kau La Yang Buat Semua Ni.."!! KES BULI SABAH..Polis AKHIRNYA DEDAHKAN PUNCA SEBENAR PERGADUHAN DAN BULI HINGGA KOMA

    "Bapa Kau La Yang Buat Semua Ni.."!! KES BULI SABAH..Polis AKHIRNYA DEDAHKAN PUNCA SEBENAR PERGADUHAN DAN BULI HINGGA KOMA



    KOTA KINABALU: Pergaduhan antara dua murid sekolah yang menjadi viral di media sosial dikatakan tercetus akibat tindakan mangsa mengusik mengenai arwah bapa pembulinya.

    Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley Hobden berkata, kedua-dua pelajar berumur 12 tahun itu yang kini sedang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dipanggil untuk memberi keterangan.

    Tambahnya, ibu bapa mangsa baru sahaja membuat laporan polis pada Selasa berhubung kes buli yang berlaku pada 30 Ogos lalu.

    “Kami sudah merekodkan kenyataan daripada kedua belah pihak dan beberapa saksi,” kata Rosley.

    Beliau berkata, pelajar tersebut marah dengan tindakan mangsa yang didakwa mengusik mengenai arwah bapanya.

    “Tiada sebarang kecederaan serius berlaku pada mangsa dan juga tiada motif lain dalam pergaduhan ini,” tambah beliau.

    Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

    Menerusi video tersebut, dua murid lelaki terbabit yang berpakaian uniform baju Melayu, dilihat bersemuka antara satu sama lain sambil diperhatikan rakan sekelas lain.

    Pembuli kemudiannya mula bertindak ganas dengan menendang, menampar, menumbuk dan melemparkan kerusi ke atas mangsa selain turut mencekak leher mangsa.

    Mangsa dipukul sehingga terjatuh dan apabila dia cuba bangkit, pembuli tersebut terus memukulnya.

    Bagaimanapun mangsa langsung tidak melawan atau dibantu oleh rakan sekelasnya yang lain.

    Malah kedengaran beberapa murid ketawa melihat aksi buli itu.




    1 comments:

    1. Syukur... Hal ini sudah disiasat dan telah pun diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Punca sebenar pun sudah diketahui. Diharap kedua-dua budak yang terlibat akan diberi konseling oleh pihak yang berkuasa supaya perkara ini tidak akan berulang.

      ReplyDelete