Tuesday, 26 July 2016
"Dia MELEKAT SEPANJANG MASA..IBU MANA TAK KESIAN ANAK"!! Mana BEKAS SUAMI SAAT BEGINI..Sebak TENGOK KEADAAN KRITIKAL ANAK IZREEN AZMINDA Yang Begini..Apalah Nasib ANAK KECIL COMEL Ni
Posted By:
zuzudunhill
on 01:29
"Dia MELEKAT SEPANJANG MASA..Inilah PENGORBANAN"!! Mana BEKAS SUAMI SAAT BEGINI..Merana Jiwa MELIHAT KEADAAN KRITIKAL ANAK IZREEN AZMINDA Yang Begini..Apalah Nasib ANAK KECIL COMEL Ni
KUALA LUMPUR: Pelakon, Izreen Azminda mengakui berhadapan cabaran membawa anaknya ke tempat kerja memandangkan Adrian Umar, 3, sukar mesra dengan orang sekeliling.
"Umar tidak mudah bermesra dengan orang yang baharu dikenali. Macam baru-baru ini, saya menjalani penggambaran drama Lelaki Macam Dia, arahan Hashim Rejab. Dia 'melekat' sepanjang masa. Bayangkan, ketika rakaman, Umar memeluk kaki saya.
"Mujur pengarah bersikap terbuka dan hanya mengambil syot pada bahagian atas. Selepas itu rakaman berjalan seperti biasa. Pelakon dan kru produksi juga memahami situasi saya sebagai ibu,"
katanya kepada BH Online.
Begitupun pemilik nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 31, itu mengakui masih boleh mengawal situasi jika watak yang digalas ringan serta menjurus pada aksi komedi. Sementara itu, ditanya sama ada ada Umar bakal mengikut jejaknya menjadi pelakon apabila dewasa kelak memandangkan kerap didedahkan di set penggambaran, Izreen berkata, beliau mahu anaknya menceburi bidang yang lebih menjamin masa depan.
"Sebenarnya bukan selalu pun saya bawa dia ke lokasi, sesekali saja jika keadaan memerlukan. Kalau ikutkan hati, biarlah dia mencari rezeki dalam lapangan kerjaya yang mempunyai jaminan masa depan.
"Pada masa sama, saya juga tiada apa-apa halanagan andai Umar memilih jalan yang sama seperti saya. Paling penting, saya mahu dia belajar setinggi mungkin," ulasnya lagi," katanya. Umar adalah anak tunggal Izreen menerusi perkahwinannya dengan pengarah drama, Muhamad Riza Baharuddin. Mereka mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2012, namun berpisah pada 9 Jun 2014.
SUMBER : bh online
Sunday, 24 July 2016
"Kalau Sanggup Jadi Isteri Ketiga..??". Tak Sangka..TAHNIAH RUHAINIES Untuk Keputusan MENGEJUTKAN Ini..TERSENYUM DATO RED Dengar Keputusan BERANI MATI RUHAINIES Untuk LAMARAN ISTERI KETIGA...
Posted By:
zuzudunhill
on 05:22
"Kalau Sanggup Jadi Isteri Ketiga..??". Tak Sangka..TAHNIAH RUHAINIES Untuk Keputusan MENGEJUTKAN Ini..TERSENYUM DATO RED Dengar Keputusan BERANI MATI RUHAINIES Untuk LAMARAN ISTERI KETIGA...
KUALA LUMPUR: Pelakon, Ruhainies, tidak berminat untuk hidup bermadu atau menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan bintang drama bersiri, Menantu Tin Tong, itu ketika mengulas isu kontroversi foto dan video yang memaparkan dirinya keluar dengan suami penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu, seperti tersebar di alam maya, beberapa hari lalu.
Menurut pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ini, beliau enggan berkongsi kasih kerana dirinya seorang yang sangat cemburu. "Kalau ditanya sama ada saya bersedia untuk jadi isteri ketiga atau keempat, jawapannya adalah tidak.
Saya seorang yang sangat cemburu. Dulu sewaktu ada teman lelaki, sama memang tidak suka apabila dia keluar dengan perempuan lain. "Lagipun, ibu dan bapa saya pasti takkan membenarkan saya hidup bermadu," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-24 di sini malam tadi.
Sambil mengakui terkejut dengan kenyataan berani mati Adnan atau Datuk Red yang menyukai dirinya dan mahu menjadikannya sebagai isteri ketiga seperti disiarkan BH Online, kelmarin, Ruhainies menegaskan beliau tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap lelaki itu. Ketika mengulas kesediaannya untuk keluar dengan lelaki terbabit pula, Ruhainies berkata, semua itu hanyalah atas urusan kerja.
"Seperti saya katakan sebelum ini, kami tidak keluar berdua-duaan, sebaliknya ditemani pembantu dan adik saya. Begitupun takkanlah orang nak rakam gambar mereka? "Berkenaan kejadian rangkul pinggang itu, saya tak rasa dia ada buat begitu. Kalau ada, tentu saya tepis. Lagipun, kejadian itu berlaku di tempat awam. Takkanlah saya nak membenarkan perkara itu berlaku di khalayak ramai?" katanya.
Terdahulu, Adnan dan Ruhainies pernah bekerjasama bagi menjayakan video promosi raya untuk syarikat beliau. Meskipun dihambat kontroversi yang mampu menjejaskan maruah dan kerjaya lakonannya, Ruhainies berkata, beliau tidak menganggap ia sebagai bebanan ke atas dirinya. "Apabila saya mengambil keputusan menjadi anak seni, saya perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan pelbagai cabaran.
Semua ini asam garam. Tak perlu nak melatah pun. "Sebab itu dalam kes lalu, saya tak cakap apapun. Orang nak mengata pun sekejap saja, lepas itu mereka lupa. Dalam kes ini, saya anggap ia cuma salah faham. Saya enggan salahkan mahupun bergaduh dengan sesiapa," katanya.
SUMBER : bharian online
"Mula-mula DIA SURUH BUKA SIKIT..Lepas Tu ANGKAT TINGGI Lagi..". Gadis Malang CERITAKAN CARA DAN DETIK Beliau SERAHKAN MAHKOTANYA Pada Teman Lelaki..
Posted By:
zuzudunhill
on 00:12
"Mula-mula DIA SURUH BUKA SIKIT..Lepas Tu ANGKAT TINGGI Lagi..". Gadis Malang Ini CERITAKAN CARA-CARA Beliau SERAHKAN MAHKOTANYA Pada Teman Lelaki..
Butterworth: Terperangkap dengan cinta monyet, ramai gadis menanggung malu sepanjang hayat selepas gambar bogel mereka yang hanya bertudung kini viral di media sosial.
Bukan saja gambar, malah video aksi ghairah mereka tersebar melalui media sosial dan dikongsi ribuan pengguna telefon pintar di negara ini, selain disiar laman web lucah.
Semuanya bermula apabila terpedaya dengan pujukan teman lelaki supaya gambar atau rakaman video ghairah atau bogel dikongsikan dengan alasan mengubat rindu.
Gadis yang dikenali sebagai Hana mendakwa kejadian itu pernah menimpanya dua tahun lalu ketika masih bersekolah dan bercinta dengan seorang lelaki dikenali di laman sosial.
Hana berkata, ketika itu dia berusia 16 tahun, tidak menyangka lelaki itu hanya mahu mempergunakan dia dengan berlakon menjadi lelaki penyayang dan prihatin.
SUMBER :hmetro online
Saturday, 23 July 2016
"Dah La BANYAK MASALAH...BERLAKON Macam KAYU"!! Hafidz Roshdi CARI GADUH DENGAN ORANG YANG SALAH...Memang TERUK KENA HENTAM Sampai Lunyai
Posted By:
zuzudunhill
on 23:30
"Dah La BANYAK MASALAH...BERLAKON Macam KAYU"!! Hafidz Roshdi CARI PASAL DENGAN ORANG YANG SALAH...Memang TERUK KENA HENTAM Sampai Lunyai
Sewaktu menghadiri majlis perasmian pementasan teater Lela Manja, pelakon itu dikhabarkan buat perangai lagi yang mengjengkelkan. Beliau dikatakan menjeling tak puas hati keada wakil media yang hadir.
Rata-rata rakan media yang hadir pelik dan hairan dengan sikapnya. Tapi selepas dirisik, rupa-rupanya Hafidz bersikap begitu kerana dia ada rasa tidak berpuas hati dengan beberapa rakan wartawan yang hadir.
Bila dia bersikap begitu, teman media mulalah mengungkit perangainya yang pernah ditunjukkan sebelum ini, seperti bersikap acuh tak acuh apabila diajukan soalan.
Disebabkan aura negatif ditunjukkan Hafidz, rakan media yang hadir mengambil keputusan untuk tidak mempedulikannya sepanjang sidang media itu.
Lebih menyebabkan teman media berasa kecewa apabila pembabitannya dalam pementasan teater Lela Manja langsung tidak beri kesan. Lakonannya kelihatan keras dan kaku di atas pentas.
Kata mereka, kalau mahu bersikap dingin tetapi persembahan lakonan cukup memberangsangkan mereka boleh lagi terima, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.
Ada juga yang memberikan komen, Hafidz tidak sepatutnya memegang watak Raja Muda dalam pementasan Lela Manja. Watak itu lebih sesuai diberikan kepada calon lain yang lebih baik.
SUMBER : harianmetro online
"Saya KESIAN KAN ANAK..LARA BELUM BERSEDIA". Sebak..Pilu Hati SCHA ALYAHYA Dengan KEPUTUSAN MENGEJUT AWAL ASHAARI
Posted By:
zuzudunhill
on 18:08
"Saya KESIAN KAN ANAK..LARA BELUM BERSEDIA". Sebak..Pilu Hati SCHA ALYAHYA Dengan KEPUTUSAN MENGEJUT AWAL ASHAARI...
KUALA LUMPUR: Pengacara Awal Ashaari belum merancang untuk menambah cahaya mata kerana merasakan anak sulungnya Lara Alana, 2, masih belum bersedia untuk menerima adik.
Awal berkata, Lara memerlukan masa untuk mendapat lebih banyak lagi perhatian dan kasih sayang daripada dia dan isterinya aktres Scha Alyahaya.
"Belum ada lagi perancangan dalam masa terdekag kerana Lara belum bersedia untuk ada adik, dia masih perlukan kasih sayang. Dia seorang yang sangat sensitif dan cepat merajuk.
"Jika dia ada adik dalam masa terdekat sudah tentu kasih sayang kami akan terbahagi, bagaimana perasaan dia pula yang masih kecil itu," ujarnya kepada mStar Online.
Pasangan ini ditemui pada majlis sambutan hari lahir Lara Alana ke 2 tahun yang diadakan di Little Kingdom, Maju Junction, di sini, Sabtu.
SUMBER : mstar online
TIPS JIMAT RM200 Untuk INTERNET RUMAH ANDA!!.5 Langkah Mudah TINGKATKAN KELAJUAN INTERNET RUMAH ANDA Sehingga Selaju UNIFI
Posted By:
zuzudunhill
on 04:48
Terbukti Berkesan..5 Langkah Mudah TINGKATKAN KELAJUAN INTERNET RUMAH ANDA Sehingga Selaju UNIFI
Langkah 1 : Akses Configuration Router Anda
Sponsored Links
Untuk mengakses configuration router, taip 192.168.1.1 pada pelayar internet anda. Jika anda menggunakan router seperti dalam gambar di atas, model INNATECH-W700N (Innacom) username dan password adalah seperti berikut :
Login : tmadmin
Password : Adm@XXXX – disini XXXX merujuk kepada empat angkat terakhir MAC Address router tersebut. Boleh rujuk di pelekat di bahagian bawah router.
![]() |
| Trik Berkesan Lajukan Wifi Internet Rumah Bagi Router TM |
Langkah 2 : Menukar Wi-Fi kepada Wireless N sahaja
Setting asal bagi kebanyakan router ialah Wi-Fi B/G/N iaitu signal “radio” yang menyokong peranti “legacy” dari zaman sedekad lepas hingga ke sekarang. Peranti moden seperti laptop generasi baru, iPhone, peranti Android kebanyakannya menyokong sambungan Wifi b/g/n/ac.
Masalah utama ialah penggunaan mode wifi b/g/n pada peranti moden boleh menjejaskan “speed” wifi transfer itu sendiri. Oleh itu, bagi mengurangkan bottleneck saya sarankan bahawa anda set wifi mode kepada Wifi N sahaja.
AMARAN : JIKA ANDA MENGGUNAKAN DEVICE YANG MENYOKONG Wifi G sahaja, jangan buat langkah ini kerana di khuatiri anda menghadapi masalah tidak dapat connect ke WIFI.
Tekan “Apply Changes” untuk menyimpan setting terbaru.
#Nota 1: Kalau tak boleh proceed, sila buat langkah 3 dulu kemudian baru tukar kepada WPA2.
#Nota 2 : Laptop atau model telefon lama mungkin tidak mesra wireless N atau tidak dapat connect langsung.
Langkah 3 : Menukar security kepada WPA2
Kebanyakan router juga masih mengekalkan wifi security jenis WEP sebagai default settings. Masalah utama WEP ialah boleh menyebabkan kelajuan transfer data melalui wifi dibawah prestasi sebenar selain sekuriti WEP yang mudah digodam.
Biasa dengar kes curi wifi? Saya yakin kebanyakan wifi yang kena curi itu masih guna sekuriti WEP.
Untuk lebih lajukan wifi transfer, tukar sekuriti kepada WPA2 (AES) dan apply changes, kemudian restart router anda.
Langkah 4 : Menukar DNS kepada Google DNS
Saya pernah tulis mengenai Google DNS, enam tahun lepas. Tapi hari ini ianya masih relevan. Google DNS tidak meningkatkan kelajuan wifi tetapi membantu anda melayari web dengan lebih pantas. Untuk menukar DNS pada router TM, masuk 192.168.1.1 > Service > DNS > Set DNS Manually > 8.8.8.8 dan 8.8.4.4.
Langkah 5 : Menukar kedudukan router
Router TM biasanya guna ‘internal antenna” jadi signal tidak kuat berbanding router yang ada 2 atau tiga tanduk, dan boleh menjadi bertambah lemah sekiranya banyak halangan. Letak router di kawasan utama dan terbuka dan elakkan dari meletak router di bilik paling hujung atau tempat tersorok. Percayalah, kalau signal tidak banyak halangan, wifi pun akan jadi kuat dan laju.
—————————————–
Secara teori anda akan merasakan perubahan yang agak drastik terutamanya bila streaming dan bermain online games. Router TM banyak limitasinya, seperti signal yang tidak kuat kerana antena terbina dalam, jumlah RAM yang rendah (tidak mampu menambung banyak peranti pada masa sama) dan tiada sokongan dual-band.
Subscribe to:
Posts (Atom)















