Sunday, 28 August 2016

"Saya DAH TAK PAKAI TUDUNG, Soal DOSA PAHALA BIARLAH...."!! UQASHA SENROSE SAH SUDAH TAK BERTUDUNG ..Jawapan UQASHA SEPERTI MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH

"Saya DAH TAK PAKAI TUDUNG, Soal DOSA PAHALA BIARLAH...."!! UQASHA SENROSE SAH SUDAH TAK BERTUDUNG ..Jawapan UQASHA SEPERTI MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH


KUALA LUMPUR: "Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan." Begitulah luahan hati pelakon jelita, Uqasha Senrose, 23, yang membuat pengakuan kepada BH Online bahawa dirinya sudah tidak lagi bertudung selepas tiga tahun berhijab. 

Akui pelakon teater Ombak Rindu ini, sejak berhijab, imannya tidak tetap. "Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. 

Mungkin juga saya tak fikir panjang. "Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi. 

"Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai," katanya ketika ditemui di sini, petang ini. 

Pada pertemuan itu, Uqasha membenarkan wajah terbaharunya dirakamkan tetapi dalam keadaan berselendang biarpun pada hakikatnya, dia sudah kembali kepada penampilan asal. Tegas Uqasha lagi, khilaf dirinya itu bukan kerana mahu mempermainkan agama. "Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. 

Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan," katanya. Kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini bersedia menerima apa saja kemungkinan selepas mengaku tidak lagi berhijab termasuk cercaan dan kecaman netizen. 

Bagi Uqasha, dia lebih rela dihukum manusia daripada terus hidup kepura-puraan. Sebelum ini, Uqasha pernah dikecam selepas gambarnya tidak bertudung dan seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand, tersebar.

SUMBER : bh online


"Kawan MENCADANGKAN MIRA FILZAH Untuk Saya.."!! Tahniah..Akhirnya MIRA FILZAH DAN BEN TELAH DISATUKAN..Semoga PEMINAT Dapat Mendoakan Hubungan Mereka


"Kawan MENCADANGKAN MIRA FILZAH Untuk Saya.."!! Tahniah..Akhirnya MIRA FILZAH DAN BEN TELAH DISATUKAN..Semoga PEMINAT Dapat Mendoakan Hubungan Mereka 


Pelakon baru Ben Ali, 26 dikatakan menjalin hubungan dengan palon wanita yang meningkat naik, Mira Filzah. walau bagaimanapun, Ben dan Mira mengaku bahawa mereka bersahabat baik sejak tiga tahun lalu dan masing-masing sering berkongsi masalah peribadi.


Menurut Ben : "Sebelum ini, saya mengeluarkan seluar jenama Scottsdale Malaysia dan mencari model. Dipendekkan cerita, secara kebetulan ada kawan yang mengesyorkan saya mengambil Mira sebagai model perempuan. 

"Daripada kerjasama itu, kami menjadi rapat. Malah ketika itu, Mira masih lagi belajar. Hubungan terus erat sehingga saya menguruskan pengeluaran tudung jenama milik Mira, MF Shawls," katanya kepada BH Online. 

Ben berkata, dia juga memperkenalkan Mira dengan pihak produksi Zeel Production. "Saya berkawan baik dengan Fadzil Teh yang juga pemilik syarikat berkenaan. Kebetulan, saya juga menguruskan pengambilan bakat baru untuk syarikat itu. 

"Drama Eksperimen Cinta yang dibintangi Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad menjadi percubaan pertama Mira sebagai pelakon," katanya. 

"Lakonan pada asalnya hobi saya. Tapi saya minat berlakon dan ditambah dengan hubungan baik dengan Fadzil Teh, saya sering ditawarkan berlakon," katanya yang berasal dari Kangar, Perlis.

SUMBER : bh online


Saturday, 27 August 2016

"Saya TERPAKSA GANTI SUSU ANAK DENGAN BARLI Sebab Suami.."!! PERBUATAN DAN PERMINTAAN GILA SUAMI Hingga Tergamak SEKSA ANAK DAN ISTERI Sebab NAFSU SYAITAN

"Saya TERPAKSA GANTI SUSU ANAK DENGAN BARLI Sebab Suami.."!! PERBUATAN DAN PERMINTAAN GILA SUAMI Hingga Tergamak SEKSA ANAK DAN ISTERI Sebab NAFSU SYAITAN




Aku ringkaskan tragedi tiga tahun dalam hidupku bersama si dayus. Tiga tahun usia perkahwinan kami dan akhirnya gagal begitu sahaja kerana orang ketiga. 6 kali hidup berpindah randa bersama, dia tidak pernah melelahkan aku kerana saya. Dikurniakan seorang anak yang amat comel dan solehah. Baru berusia 2 tahun, namun sudah kehilangan ayahnya. 

Adakalanya kami terpaksa mencatu makanan. Orang lain seekor ayam tahan seminggu, kami, seekor ayam tahan sebulan. Ya, aku hanya makan nasi bersama sayur. Ayam disimpan untuknya, bimbang dia tidak puas makan. 

Pada hujung bulan, susu semakin berkurangan. Terpaksa aku gantikan dengan air barli buat anakku sementara menunggu suami menerima gajinya. Aku punya hanya makan barli sebagai gantian pada nasi. Ya, beras pun sudah habis. Tak apa, aku rela. 

Barang kemas semua telah aku gadaikan untuk memenuhi keinginannya. Walau sebulan tiada sesen pun nafkah buatku, aku rela juga. Rumah kosong tiada apa-apa, aku redha. Bukan mudah mahu bermula dari bawah. 

Rezeki, televisyen orang sedekah, itu ini orang sedekah. Terpaksa pakaikan anak lampin kerana tak mampu beli pampers. Siang pakai lampin, malam pakai pampers.

Apatah lagi nak jalan-jalan seperti orang lain. Honeymoon sekali pun tak pernah, apatah lagi nak belikan emas. Digadainya barang kemas yang sedia ada, lagi ada. 

Aku beri kepercayaan, tiada pun aku semak WhatsApp dan WeChatnya kerana aku tahu Allah ada. Tetapi selepas aku bersalin dan berpantang, aku belek Facebooknya. Ya Allah, bersepah mesej dia kepada betina lain dengan alasan mahu berkenalan. Namun tiada seorang pun yang melayan kerana dia tidak kacak. 

Aku mendiamkan diri, malas mahu mencari pasal. Tetapi dia, boleh siap bawa bekas teman wanita datang ke rumah, tidur di sebelah aku. Aku relaks lagi sebab aku tahu Allah ada. Kemudian dia kantoi pula bermesej dengan bekas teman wanita minta kiss-kiss. Namun dia berjanji lagi, berjanji takkan buat lagi. 

Bila suami dah dapat kerja, barulah kehidupan kami senang sedikit. Tetapi itu pun banyak berhutang dengan boss baru. Jadi lembu smapai mati sebab berhutang. Ada hati nak kaya, memang takkan kaya kalau miskin adab. 

Aku telan, segala apa perbuatan dia yang menyakitkan hati aku. Aku telan dan pujuk hati diri sendiri kerana aku tahu tanggungjawab dan tugas aku sebagai seorang isteri. Malangnya berbeza bagi dia yang keras hati. Dia tidak pernah mahu menjaga hati aku, apatah lagi meminta maaf. Langsung tidak pernah. 

Dia juga tidak pernah membantu aku melaksanakan tugas di rumah, tidak pernah ada waktu untuk kami. Dia bongkak, tidak pernah mengimamkan solat. Adakalanya kami dibentak-bentaknya, tetapi jika dengan sundal lain, berbeza pula layanannya. Lemah lembut saja orangnya dan sanggup menghabiskan wang ringgit demi mereka berbanding aku dan anak. 

Sampailah satu saat dia jatuh terngadah. Aku membawa diri ke kampung kerana bimbang dia tidak mempunyai wang untuk menanggung kami. Bimbang kami hanya akan membebankannya. 

Dua bulan aku berada di kampung, dia berjanji mahu mengambil aku. Bulan seterusnya dia beri alasan mahu mencari rumah sewa yang lebih baik. Bulan seterusnya tiada duit, seterusnya majikan tak bagi cuti dan bulan seterusnya ada hal kerja yang tidak dapat dielakkan. 

Setelah 7 bulan di kampung, akhirnya setelah dipaksa barulah dia datang mengambil kami. Aku gembira kerana dapat pulang ke pangkuannya dan aku dapat menjaganya. 

Bila Ramadhan tiba, segalanya semakin aneh. Aku menemui instruction condom dan getah rambut wanita di dalam biliknya. Aku diam dan bersangka baik. Seminggu pertama aku berbuka dengan gembira dia berada di sisi. Minggu seterusnya tidak lagi bila mana dia mula pulang lewat setiap hari menggunakan alasan sibuk bekerja. Aku diam.

Keadaan semakin aneh tetapi aku seperti biasa, bersangka baik. Menjadi lebih aneh bila dia mengelak melalui sebuah kawasan. Acap kali mengelak menggunakan jalan tersebut. 

Tiba-tiba dia kuat berdandan. Dia tahu aku suka lelaki berjanggut, tetapi dia buang. Tiba-tiba dia mahu putih, aku masih bersangka baik. Hingga anak sudah tidak mahu lagi padanya.

Penghujung Ramadhan kemarahan aku menggunung dengan 1,000 persoalan kenapa, kenapa dan kenapa aku diabaikan. Aku meletus, aku beritahunya jika dia sudah membenci aku, lepaskan saja aku.

Tetapi dia? Dia call mak ayah aku, kononnya aku yang jahat mencari pasal. Sampai mak dan ayah pun menyalahkan aku. Aku mengalah lagi, pujuk hati dan rendahkan ego aku. Aku minta maaf, minta ampu walaupun bukan salah aku. 

Dia tak nak, dia nak buang aku dan anak. Aku redha, dia hantar kami ke kampung. Bila aku dah redha, esoknya dia minta maaf dan mahu datang kembali mengambil kami. Kerana nasihat mak dan ayah serta tidak mahu anak kehilangan ayahnya, aku turutkan. 

Namun sekali lagi dia beri alasan, tiada duit. Aku suruh dia datang mengambil kami bila dia sudah menerima gaji. 8 hari sudah berlalu, dia datang mengambil kami. Lusa dah nak raya, aku gembira. Selepas sahur, kami bergerak pulang ke bandar. Sampai saja di rumah, aku tidurkan anak. Dia keluar bekerja. Runsing aku bila melihat rumah yang bersepah mengingatkan esok raya. Aku kemas, cabut cadar yang lusuh dan basuh. Belum sempat aku duduk, jauh sekali mahu tidur, dia WhatsApp. Katanya mahu membuat pengakuan. 

Aku bertanya kenapa, dia kata dia sudah ada orang lain. Hati aku remuk. Aku fikir dan hanya bergurau tetapi aku silap. Dia mengakui dia sudah terlanjur berkali-kali. Jijik aku membaca mesejnya itu. Lebih jijik lagi bila dia memberitahu bahawa perempuan sundal itu bukan orang Malaysia. 

Padanlah tak pernah ada masa, tak pernah ada duit, selalu sibuk. Akhirnya aku pasrah. Malamnya aku tetap pulang ke kampung dia untuk beraya. Tak lalu lagi aku nak menjamah makanan. 

Malam belum jam 10 malam, dia ajak balik dengan alasan esok kerja. Mak dan ayah percaya. Rupanya tak, dia buat maksiat di pusat rekreasi. Aku serang tetapi dia menghalau aku dan sanggup dia pertahankan sundal bermuka berlubang-lubang itu. 

Akhirnya aku selamat sampai ke kampung aku sendiri. Penipuan di atas kebaikan, perkhianatan di atas kepercayaan. Aku tak tahu mengapa mudah sahaja Allah menarik rasa cinta dan sayangku padanya. Aku benci dan jijik pada dia. 

Berkali-kali aku mengajaknya bertaubat, tetapi dia enggan. Kini aku sudah bebas, biarkan saja dia terjun ke neraka bersama dosa-dosanya. Aku kuat kerana anak bersamaku, Allah bersamaku. Saban hari menunggu dia pulang kerja, menunggu dia mengimamkan solat, tetapi dia gagal. Dia permainkan hukum Allah, malah dia salahkan aku.

Kini aku mulakan hidup baru dengan sokongan dari semua orang. AKu tak perlu tunggu dia, jaga dia, hormat dia lagi. Aku takkan mati tanpa lelaki yang miskin adab, miskin duit seperti dia. 

Betul kata orang, perempuan diuji di saat susah. Aku berjaya melaluinya. Lelaki diuji di saat senang dan dia gagal. Malahan dia takkan hidup senang kerana gajinya tak pernah berkat. Dia kedekut, malah dengan mak dan ayahnya sendiri pun kedekut. Dia pengotor, pemalas tetapi aku menerimanya seadanya. Malangnya dia mensia-siakan aku dan anak. 

Sekiranya kau baca, aku mahu kau tahu bahawa aku haramkan kau kembali pada hatiku selama-lamanya. Aku haramkan segala penipuan, pengkhianatan kau pada aku. Hidup dan mati kau bukan hal aku lagi. Aku takkan ampunkan segala dosa dan pengkhianatan kau pada aku. Melainkan kau taubat dan pulang pada Allah, mungkin aku akan memaafkan kau. 

Kepada semua isteri di luar sana, hiduplah untuk Allah. Fikirlah, jika amal ibadat dia tidak mampu jaga, sekiranya hubungan dengan Tuhan sendiri dia tak mampu jaga, bagaimana nak menjaga kita? 

9 Julai 2016, berakhir segala kesengsaraan. ini balasan kau pada segala budi dan kasih sayang aku pada kau? Ini jalan yang kau pilih?Ini cinta yang kau agung-agungkan? 


Ini jalan hidupku, hidup sebagai isteri terbiar. Tetapi aku masih utuh menjaga maruah aku, maruah kau, maruah keluarga kita. Sayangnya kau berzina, kau suami yang gagal. Mati itu pasti, kita jumpa di padang masyhar wahai anak adam.


MOHON SEBARKAN PESANAN Ni!! Anak JADI PEGUAM TERKENAL DAN BERJAYA..Tapi TERGAMAK BIAR IBU KANDUNG MEREMPAT BERSAMA SAMPAH DAN TIKUS!!

MOHON SEBARKAN PESANAN Ni!! Anak JADI PEGUAM TERKENAL DAN BERJAYA..Tapi TERGAMAK BIAR IBU KANDUNG MEREMPAT BERSAMA SAMPAH DAN TIKUS!! 



Saya tahu awak adalah seorang peguam, saya ternampak gambar awak tamat pengajian dari Universiti Sultan Azlan Shah. Anak, saya percaya awak belajar tentang undang-undang. Undang-undang yang digubal untuk memberi keadilan dan memastikan tiada sesiapa yang dipijak dan dibuli sewenang-wenangnya. Bukan sahaja keadilan untuk orang lain, malah keadilan untuk orang yang kita sayang, pendek kata untuk semua orang.

Saya sedih, ibu awak tidak pernah berkata buruk tentang awak melainkan hanya memuji awak. Tidak pernah dia kata anaknya jahat, malah dia berulang kali mengatakan bahawa kasih sayang ibu adalah selama-lamanya.

Anak, dia tidak pernah mempunyai katil yang sempurna untuk baring. Namun semasa kecil, dia mengendong dan menidurkan awak setiap kali awak menangis. Tetapi sekarang, dia menangis seorang diri. Dia tidak dapat mengawal dirinya untuk membuang air besar/kecil. Dia tidur dengan tikus dan sampah.

Saya nampak banyak gambar awak dan nota perundang di sekelilingnya. Saya boleh saja mengambil salah satu gambar dan tunjukkan kepada dunia gambar awak. Tetapi ibu memandang tinggi pada awak, jadi saya batalkan hasrat saya itu.

Anak, awak hanya ada seorang ibu. Apabila dia pergi kelak, dia tidak akan kembali lagi. Tolong jangan seksa ibu awak dengan keadaan seperti ini. Dia makan apa yang orang berikan pada dia. Saya nampak wajah ayah awak, gambar keluarga awak, tetapi saya tidak mahu memalukan awak mahupun menjatuhkan mendedahkan identiti awak.

Saya berharap surat terbuka ini dapat membuka pintu hati awak untuk berubah dan kembalilah ke pangkuan ibu awak dan layanilah dia dengan baik. Dia tidak wajar diperlakukan seperti ini. Saya harap awak sedar dan berikanlah kehidupan yang baik di usia senjanya itu.

Jika awak adalah anak yang baik, ambillah dia, jangan biarkan dia tinggal dengan tikus. Dia nyanyuk, sepanjang masa memuji tentang awak dengan harapan awak akan kembali. Sudah lama dia menunggu dan tidak sabar untuk bertemu dengan awak.

Saya berdoa dan berharap awak akan kembali pada dia. Moga tuhan merahmati awak.
Ikhlas,

Kuan Chee Heng


Friday, 26 August 2016

EKSKLUSIF!! Pasangan SUFIE DAN SOPIAH SENDIRI Dedahkan RAHSIA PERHUBUNGAN CINTA 'DUA DUNIA' Mereka Sehingga BERKAHWIN

EKSKLUSIF!! Pasangan SUFIE DAN SOPIAH SENDIRI Dedahkan RAHSIA PERHUBUNGAN CINTA 'DUA DUNIA' Mereka Sehingga BERKAHWIN

KUALA PENYU 26 Ogos – “Saya jatuh cinta dengan kasih sa­yangnya. Sejak berkenalan, dia sentiasa mengambil berat tentang saya sehingga saya memberitahu keluarga mahu berkahwin dengannya.”

Itu pengakuan Mohd. So­fi Mat Ali, 18, yang memilih Dayang Sopiah Gusti, 40, seba­gai suri hidup meskipun jarak usia mereka 22 tahun.

Mohd. Sofi yang berasal da­ri Kampung Kekapur berka­ta, kasih sayang dan sikap ber­tang­gungjawab serta me­n­­gam­bil berat Dayang So­­piah ber­jaya me­mikat hatinya sehingga mereka me­mutuskan untuk ber­kah­win Selasa lalu.

Katanya, walaupun hubu­ngan mereka pada mulanya menerima tentangan daripada segelintir ahli keluarga, se­ba­­gai manusia biasa dia per­ca­­ya jodoh mereka telah diten­tukan Allah justeru tiada siapa yang mampu menghalangnya.

“Sejak berkenalan dia ba­n­yak menemani saya sebagai ra­kan, tidak kira susah atau senang malah ketika sakit pun dia datang ke hospital me­lawat dan menceriakan hari saya.

“Tidak kisahlah apa orang cakap asalkan ini jodoh yang ditentukan dan sudah pasti saya akan buat yang terbaik menjaga makan minum isteri saya,” katanya kepada Utusan Malaysia di rumah mereka di Kampung Mansud hari ini.

Jelas Mohd. Sofi, selepas menetap­kan keputusan, ah­li ke­luar­­ga­nya ­akur dan mem­berikan sokongan sehingga me­reka dinikahkan di Masjid Beaufort dengan abang Dayang Sopiah sebagai wali.

Sementara itu, Dayang So­­piah yang mempunyai li­ma­­ anak berusia antara 7 hing­­ga 16 tahun hasil per­kah­winannya sebelum ini berkata, perkenalan mereka bermula di gelanggang bola tampar pada awal Mei lalu.

Katanya, dia sebelum ini tidak pernah berjumpa dengan Mohd. Sofi kerana suaminya itu bekerja dalam sektor pem­binaan di Labuan.


“Mohd. Sofi seorang yang agak nakal, namun mudah ber­kawan dengan sesiapa sa­haja tanpa mengira usia sehingga ra­kan-rakan lain amat me­nyenan­gi sikapnya,” katanya.


"Pagi Tadi SUFIE DATANG RUMAH SAYA...Dia BUKAN LAGI.."!! Sayu..SEBAK HATI BAPA SUFIE Ceritakan KEJADIAN PELIK TERJADI Pada Anaknya SELEPAS MALAM PERKAHWINAN Dengan Janda Anak Lima

"Pagi Tadi SUFIE DATANG RUMAH SAYA...Dia BUKAN LAGI.."!! Sayu..SEBAK HATI BAPA SUFIE Dedahkan KEJADIAN PELIK TERJADI Pada Anaknya SELEPAS MALAM PERKAHWINAN Dengan Janda Anak Lima



KUALA PENYU: "Sudah suka sama suka, biarkanlah...doakan mereka bahagia," itu kata Matalin Utam, 52, bapa kepada remaja lelaki yang gambarnya bernikah dengan ibu tunggal anak lima berusia 42 tahun yang viral baru-baru ini.

Matalin berkata, Mohd Sufie, 18, menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal itu beberapa hari sebelum hari bernikahan mereka.

Matalin juga mengakui dia terkejut sebaik mendengar hasrat Sufie itu namun akur dengan hasrat anaknya itu.

"Pada mulanya saya terkejut sebab dia pilih wanita lebih berusia, tapi bila fikir balik saya dan isteri tiada masalah. Kami gembira dan merestui perkahwinan mereka, asalkan tidak buat apa-apa perkara yang tak betul.

"Pagi tadi Sufie datang ke rumah, saya pesan kepadanya sekarang dia bukan lagi bujang, tetapi sudah ada tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada lima anak tiri, kena layan anak-anak itu seperti anak sendiri.

"Saya cakap jangan peduli cakap orang, asalkan tak kacau isteri orang sudahlah," katanya sambil meminta orang luar tidak 'membawa mulut' mengenai perkahwinan anaknya, sebaliknya mendoakan kebahagiaan mereka.


Dayang Sopiah, yang kini isteri kepada Sufie, seorang suri rumah dan memiliki lima anak berusia lima hingga 16 tahunhasil perkahwinan sebelum ini.

Pasangan itu dikatakan sedang bercuti di Kota Kinabalu. Sementara itu, Janawiyah, ibu Sofie, berkata ketika pagi sebelum bernikah di Majid Daerah Beaufort, Selasa lalu, dia bertanya kepada Mohd Sufie adakah dia benar-benar mahu memperisterikan Dayang Sopiah.

"Dia kata pilihannya muktamad...saya tanya juga anak-anak Sufie sama ada boleh terima dia sebagai bapa, mereka kata tiada masalah.


"Jadi menerima keputusannya dan berharap mereka berbahagia," katanya mengakui mengenali Dayang Sopiah sudah lama kerana menantunya itu biasa bermain bola tampar di kampungnya.


"Efa BUKAN ANAK AYAH Lagi, Tapi ANAK SUNDAL EMAK DENGAN JANTAN LAIN. Emak PEREMPUAN JALANG"!! Ayah Dan Ibu TERKEDU Dengar PENGAKUAN ANAK GADIS

"Efa BUKAN ANAK AYAH Lagi, Tapi ANAK SUNDAL EMAK DENGAN JANTAN LAIN. Emak PEREMPUAN JALANG"!! Ayah Dan Ibu TERKEDU Dengar PENGAKUAN ANAK GADIS


#*****SAYA sering membaca kisah-kisah yg dipaparkan dalam ruangan ini yg banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yg sering mengdu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.....

>“Namun saya x salahkan mereka kerana mereka yg merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yg tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yg tahu....

>“Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri.” Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e=melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.
Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya....

>“Apa perasaan puan bila baca cerita saya, sangat terkejut x? Tentu terkejut kan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yg berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yg mempunyai pengalaman pahit seperti yg saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yg sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa...

>“Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah . emang bener zaman ini macam-macam perkara yg kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yg saya lalui.....

>“Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah , ramai adik-beradik, maka saya amat saygkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yg saya idam-idamkan selama ini......

>“Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik . Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yg baik juga.....

>“Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yg baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yg saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.....

>“Kerana terlalu saygkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan x kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.....

>“Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yg dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis....


>“Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.....

>“Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yg boleh dikatakan cantik juga.....

>“Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan......

>“Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.....

>“Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yg sama antara negara tersebut....

>“Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayg-menyaygi.....

>“Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.....

>“Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.....

>“Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.....

>“Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.
“Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yg pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yg sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.....

>“Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.....

>“Apa yg menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyg, puasa, termasuk yg sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yg dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yg dilakukan di luar.....

>“Walaupun saya begitu marah tetapi memukul x sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yg melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan......

>“Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.....

>“Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yg lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine......

>“Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali....

>“Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.....

>“Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.....

>“yg penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yg tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.
“Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih saygkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.....

>“Saya tetap x mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi....

>“Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri x diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menygka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yg saya curahkan kepada dia disia-siakan.....

>“Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan x membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya,” demikian cerita Zain.....


>Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya , anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya . Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yg terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yg curang seperti ini?.......