Friday, 26 August 2016

Filled Under:

EKSKLUSIF!! Pasangan SUFIE DAN SOPIAH SENDIRI Dedahkan RAHSIA PERHUBUNGAN CINTA 'DUA DUNIA' Mereka Sehingga BERKAHWIN

    EKSKLUSIF!! Pasangan SUFIE DAN SOPIAH SENDIRI Dedahkan RAHSIA PERHUBUNGAN CINTA 'DUA DUNIA' Mereka Sehingga BERKAHWIN

    KUALA PENYU 26 Ogos – “Saya jatuh cinta dengan kasih sa­yangnya. Sejak berkenalan, dia sentiasa mengambil berat tentang saya sehingga saya memberitahu keluarga mahu berkahwin dengannya.”

    Itu pengakuan Mohd. So­fi Mat Ali, 18, yang memilih Dayang Sopiah Gusti, 40, seba­gai suri hidup meskipun jarak usia mereka 22 tahun.

    Mohd. Sofi yang berasal da­ri Kampung Kekapur berka­ta, kasih sayang dan sikap ber­tang­gungjawab serta me­n­­gam­bil berat Dayang So­­piah ber­jaya me­mikat hatinya sehingga mereka me­mutuskan untuk ber­kah­win Selasa lalu.

    Katanya, walaupun hubu­ngan mereka pada mulanya menerima tentangan daripada segelintir ahli keluarga, se­ba­­gai manusia biasa dia per­ca­­ya jodoh mereka telah diten­tukan Allah justeru tiada siapa yang mampu menghalangnya.

    “Sejak berkenalan dia ba­n­yak menemani saya sebagai ra­kan, tidak kira susah atau senang malah ketika sakit pun dia datang ke hospital me­lawat dan menceriakan hari saya.

    “Tidak kisahlah apa orang cakap asalkan ini jodoh yang ditentukan dan sudah pasti saya akan buat yang terbaik menjaga makan minum isteri saya,” katanya kepada Utusan Malaysia di rumah mereka di Kampung Mansud hari ini.

    Jelas Mohd. Sofi, selepas menetap­kan keputusan, ah­li ke­luar­­ga­nya ­akur dan mem­berikan sokongan sehingga me­reka dinikahkan di Masjid Beaufort dengan abang Dayang Sopiah sebagai wali.

    Sementara itu, Dayang So­­piah yang mempunyai li­ma­­ anak berusia antara 7 hing­­ga 16 tahun hasil per­kah­winannya sebelum ini berkata, perkenalan mereka bermula di gelanggang bola tampar pada awal Mei lalu.

    Katanya, dia sebelum ini tidak pernah berjumpa dengan Mohd. Sofi kerana suaminya itu bekerja dalam sektor pem­binaan di Labuan.


    “Mohd. Sofi seorang yang agak nakal, namun mudah ber­kawan dengan sesiapa sa­haja tanpa mengira usia sehingga ra­kan-rakan lain amat me­nyenan­gi sikapnya,” katanya.




    0 comments:

    Post a Comment