Wednesday, 24 August 2016

TAHNIAH...FASHA SANDHA Terima Lamaran VVIP KAYA DAN TERKENAL!! Fasha Sandha Akhirnya TERSENYUM DEDAHKAN LELAKI ISTIMEWA Dalam Hatinya...

FASHA SANDHA Terima Lamaran VVIP KAYA DAN TERKENAL!! Fasha Sandha Akhirnya TERSENYUM DEDAHKAN LELAKI ISTIMEWA Dalam Hatinya... 


Akui didekati beberapa lelaki, Fasha Sandha, 32, yang sudah lapan bulan bercerai dengan bekas suaminya Rizal Ashram Ramli, bagaimanapun masih belum terbuka pintu hatinya untuk menerima cinta baharu. 

Ini kerana kata pemilik nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, bukan mudah untuk mencari teman yang boleh menerima baik buruk dirinya dan kini beliau hanya ingin memberi fokus kepada anak-anaknya sahaja. 

"Bukan mudah untuk cari pengganti pada ketika ini saya hanya mahu fokus kepada anak-anak yang sedang membesar sahaja kerana itu lebih penting. 

"Ada beberapa lelaki yang cuba ingin berkawan dan saya selesa untuk berkawan sahaja dengan mereka," ujarnya dipetik sebagai berkata. 

Selain itu, Fasha juga dalam masa yang sama mahu memberikan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya dahulu buat masa ini selain tidak mahu melepaskan peluang melihat anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli, 2, dan Putri Raysha Jemyma, 1, membesar di depan mata. 

Tambah Fasha, dia bersyukur anak-anaknya tidak menimbulkan banyak masalah dan meragam sepanjang dia keluar bekerja. 


"Alhamdulillah mereka jarang sakit dan seperti tahu ibunya sedang bekerja. Mereka juga tidak ada bertanya tentang bapanya, mungkin mereka lebih dekat dengan saya sejak kecil," katanya. 


Tuesday, 23 August 2016

Tahniah ZUL ARIFFIN DAN ZAHIRAH MACWILSON!! Akhirnya TERJAWAB..Sweet Sangat LAMARAN ZUL UNTUK ZAHIRAH. Semoga PASANGAN INI KEKAL BAHAGIA

Tahniah ZUL ARIFFIN DAN ZAHIRAH MACWILSON!! Akhirnya TERJAWAB..Sweet Sangat LAMARAN ZUL UNTUK ZAHIRAH. Semoga PASANGAN INI KEKAL BAHAGIA




Tentu ada semua tahu bahawa Zul Ariffin sememangnya sedang hangat bercinta dengan pelakon Zahirah Macwilson dan hubungan mereka sudah lama juga terjalin.

Walaubagaimanapun pasangan ini jarang sekali menampilkan kemesraan mereka di media sosial dan kisah cinta mereka juga jarang diperkatakan.


Walaubagaimanapun, baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Zul telah terbang ke Perth, Australia untuk merisik Zahirah.

Namun, Zul menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan beliau ke Australia bersama kakaknya atas urusan perniagaan.

Biasalah, kalau berada di luar negara sudah pasti kita akan cari peluang untuk berjumpa orang Malaysia di sana. Kalau betul saya merisik, kenapa saya tidak bawa ibu saya sendiri ikut ke sana
Ditanya mengenai perkembangan terkini hubungan beliau dan Zahirah, Zul nampaknya enggan memberikan komen lanjut dan lebih selesa untuk berbicara soal kerjayanya sahaja.

Saya lebih selesa untuk bercerita mengenai kerja sahaja dan lain-lain mengenai kisah cinta, saya tidak akan kongsikan.

Pasangan selebriti ini cukup pandai menjaga hubungan mereka dan begitu tegas untuk tidak berkongsi apa-apa mengenai percintaan mereka kepada umum. Apa-apa pun, kami harap Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson kekal bahagia dan siapa tahu ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin.




Memang HOT DAN MELETOPP!! Tak Sangka INILAH 10 WAJAH ATLET LELAKI DAN WANITA PALING HOT Pada Olimpik Rio 2016..Atlet WANITA MALAYSIA Tetap Pujaan Hati

Memang HOT DAN MELETOPP!! Tak Sangka INILAH 10 WAJAH ATLET LELAKI DAN WANITA PALING HOT Pada Olimpik Rio 2016..Atlet WANITA MALAYSIA Tetap Pujaan Hati









"Doktor ADD WeChat..Sini TAK BOLEH TUNJUK.."!! Doktor HOSPITAL SWASTA Terkejut JURURAWAT BAGI HADIAH ISTIMEWA Ketika Lakukan PEMBEDAHAN

"Doktor ADD WeChat..Nanti Saya TUNJUK.."!! Doktor HOSPITAL SWASTA Terkejut JURURAWAT BAGI HADIAH ISTIMEWA Ketika Lakukan PEMBEDAHAN



















Kebenaran AKHIRNYA TERBONGKAR ZILA SAEERON!! ZAROL ZARIFF AF 2016 Terpaksa Dedahkan HUBUNGAN SEBENAR Dengan Zila AF Elak Dibuang Dari AF 2016

Kebenaran AKHIRNYA TERBONGKAR ZILA SAEERON!! ZAROL ZARIFF AF 2016 Terpaksa Dedahkan HUBUNGAN SEBENAR Dengan Zila AF Elak Dibuang Dari AF 2016



Penjelasan sebenar pelajar Zarol Zariff AF 2016 bukan skandal Zila Seeron. Baru-baru ini hangat mengenai gambar Isteri Along Cham menyanyi duet bersama kekasih gelap tersebar di laman sosial Smule. Memandangkan kekasih sebenar Zila Seeron yang dikenali sebagai “Khairul” telah memadam akaun Smile miliknya. Maka sehingga kini masih ramai lagi mencari video asal duet Zila bersama kekasih gelapnya bernama “Khairul”. Kini timbul persoalan dan teka teki dikalangan netizen mengenai siapa sebenar jejaka yang pernah berduet dengan Zila Seeron. Memandangkan Zarol AF 2016 selalu berduet dengan Zila di applikasi Smule, maka tuduhan fitnah kini menuju ke arah Zarol yang mempunyai hubungan sulit dengan Zila.



Untuk penjelasan, Zaroll Zariff peserta AF 2016 tidak ada kena mengena dengan isu skandal bersama Zila Seeron. Foto baru-baru ni yang tersebar adalah gambar Zila bersama kekasih lain dan bukannya Zarol. Memang benar Zarol pernah berduet dengan Zila di Applikasi Smule tetapi bukanlah untuk berskandal dengan isteri orang.


Monday, 22 August 2016

Rakyat CHINA TAK SANGKA CHENG LONG Menang!! Selepas LEE CHONG WEI KALAH, Inilah Perkara PALING PELIK DILAKUKAN RAKYAT CHINA..Sememangnya DLCW Memang JAGUH BADMINTON Yang Hebat

Rakyat CHINA TAK SANGKA CHENG LONG Menang!! Selepas LEE CHONG WEI KALAH, Inilah Perkara PALING PELIK DILAKUKAN RAKYAT CHINA..Sememangnya DLCW Memang JAGUH BADMINTON Yang Hebat


PERLAWANAN aakhir perseorangan badminton lelaki di Sukan Olimpik Rio de Jenario Sabtu lalu antara pemain negara, Datuk Lee Chong Wei dengan pemain dari China, Chen Long cukup mendebarkan.

Dengan menerima sokongan padu daripada jutaan rakyat Malaysia, Chong Wei bagaimana pun terpaksa akur dengan kehebatan Chen Long apabila kalah 18-21, 18-21 dalam masa 1 jam 13 minit.
Impian Chong Wei untuk meraih pingat emas pertama untuk negara musnah sekali gus mencatatkan beliau kalah buat kali ketiga berturut-turut pada perlawanan akhir Sukan Olimpik. Pada Sukan Olimpik 2008 dan 2012, Chong Wei tewas dua kali di tangan pemain yang sama, iaitu Lin Dan, juga dari China.

Biarpun tewas di tangan Chen Long, prestasi Chong Wei tetap dipuji dan disanjung oleh seluruh rakyat Malaysia.

Semangat lawan yang ditunjukkan di atas gelanggang membuktikan pemain negara ini adalah seorang atlet yang tidak mengenal putus asa dan berjuang habis-habisan demi mencari kemenangan.
Pujian ini sesungguhnya bukan sahaja datang dari rakyat Malaysia sahaja, malahan peminat-peminat badminton dari China sendiri pun melahirkan perasaan kagum terhadap usaha gigih yang dipamerkan oleh Chong Wei.

Walaupun pemain negara mereka telah memenangi pingat emas, tetapi ramai rakyat China yang meninggalkan komen-komen di laman sosial tetap menghormati dan menyanjung Chong Wei sebagai seorang atlet yang berjaya dan berjiwa kental.

Memetik satu portal popular dari China, Zhihu, ramai netizen China tidak segan silu memuji persembahan pemain negara kita ini sepanjang temasya Sukan Olimpik kali ini. Mereka anggap Chong Wei adalah seorang yang pemain yang 'baik hati' dan tidak suka terlalu menunjuk-nunjuk.
Mereka mengakui mereka bukanlah kasihan kepada Chong Wei yang telah kalah sebanyak tiga kali pada perlawanan akhir, tetapi adalah lebih pada perasaan hormat dan teruja atas semangat perjuangannya hingga ke mata terakhir.

Tulis seorang netizen, Chong Wei mempunyai ramai peminat dan penyokongnya di negara China, salah satu sebabnya ialah mereka gemar melihat permainannya yang menarik dan penampilan peribadi yang bersahaja.

"Chong Wei telah kalah sebanyak tiga kali di perlawanan akhir, tetapi tidak ramai yang berasa simpati dengan nasib yang menimpa dirinya. Sebaliknya beliau adalah pemain yang tidak tolak bandingnya. Walaupun perlawanan cukup sengit sekali pun, Chong Wei tetap tenang mengharungi setiap detik perlawanan. Itulah keistimewaan pemain Malaysia ini," tulis netizen itu.

Menurutnya, berbeza dengan Lin Dan, Chong Wei terpaksa bertungkus-lumus untuk memburu setiap perlawanan secara bersendirian.

"Dalam pasukan China, Lin Dan dibantu beberapa pemain handalan dalam negara yang mampu meningkatkan prestasinya. Tetapi tidak pada Chong Wei. Di Malaysia, Chong Wei tidak ada saingan. Selain itu, Chong Wei kerap cedera, dia hanya mampu sabar dan menahan kesakitan secara sendirian," katanya.

Seorang lagi netizen dari China pula mengakui inilah kali pertama dia memberi sokongan kepada pemain negara luar kerana sangat sayang kepada Chong Wei.

"Chong Wei adalah pemain yang sentiasa tumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan. Sama ada sedang mendahului ataupun ketinggalan, beliau tetap tidak gelabah. Kadang-kala beliau menggenggam tangan dengan erat sambil memberikan keyakinan kepada dirinya sendiri," kata netizen itu.

Seorang lagi peminat badminton dari China, Yue Liao percaya ada ramai rakyatnya mahu Chong Wei menang dalam perlawanan akhir itu, namun nasib tetap tidak menyebelahi Malaysia.

"Detik-detik sedih sekali lagi terlukis pada raut wajah Chong Wei. Bukan sekali sahaja berlaku di Olimpik Bejing 2008, tetapi suasana sama sekali lagi menimpa dirinya di Olimpik London 2012 dan kali ini, kali ketiga di Rio de Jenario.

"Dia mengesat air matanya secara diam-diam. Hanya dia yang faham betapa sakit dan pilunya di hati biarpun telah cuba sedaya upayanya. Saya tahu sebenarnya ramai rakyat China mahu Chong Wei menang, malangnya dia tetap kalah dan hilanglah peluang terakhirnya untuk meraih pingat emas dalam Olimpik," tulisnya.

Bekas pemain wanita ping pong China yang juga bekas juara dunia, Deng YaPing dalam Weibonya memuji Chong Wei yang telah membuktikan dirinya adalah seorang atlet yang dikagumi oleh seluruh dunia.

"Persaingan dalam sukan sememangnya kejam. Chong Wei telah cuba dengan sepenuh tenaganya namun tetap meninggalkan seribu kesalan dalam karier hidupnya. Namun anda telah buktinya anda adalah seorang atlet yang berjaya. Dunia badminton sangat gemilang kerana adanya anda dan Lin Dan. Saya ucap tahniah kepada Cheng Long," tulis bekas pemain ping pong handalan itu.

Lin Dan ketika ditemu bual oleh sebuah portal China, Xin Lang.com sebaik sahaja kalah kepada Chong Wei pada separuh akhir melahirkan rasa puas hati kerana beliau kalah kepada kawan baiknya itu.


"Bagi saya, kekalahan Chong Wei di perlawanan akhir meninggalkan banyak kesan kepada saya.  Saya rasa terharu atas semangat yang ditunjukkannya. Inilah yang menyebabkan saya tidak ada alasan untuk meninggalkan dunia badminton. Saya mahu terus berusaha dan menemani Chong Wei bermain badminton sehingga mencipta lebih banyak kejayaan," kata Lin Dan.


Pelakon TERKENAL KANTOI Buka KEDAI LUCAH DAN JUAL BARANG PANAS!! DBKL Serbu PREMIS Yang Membahayakan RAKYAT MALAYSIA

Pelakon TERKENAL KANTOI Buka KEDAI LUCAH DAN JUAL BARANG PANAS!! DBKL Serbu PREMIS Yang Membahayakan RAKYAT MALAYSIA



PETALING JAYA: Pelakon dan model Ahya Rosli memberitahu kedai shiha miliknya diserbu pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas mendapat aduan daripada beberapa pihak yang kurang senang dengan nama Kelentit Rindu yang digunakannya.




Ahya, 29, perkara itu juga membuatkan ibunya iaitu pelakon veteran Normah Damanhuri meminta untuk dia menukar nama baharu kedai berkenaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.

"Saya sudah tukar nama kepada Alyahyashisa kerana mama suruh tukar, dia prihatin dengan masyarakat yang kurang senang dengan nama tersebut selepas ia menjadi kontroversi.

"Selepas berita itu keluar ada pihak yang melaporkan kedai saya itu kepada DBKL, mereka datang ke kedai untuk menyiasat namun tidak menjumpai apa-apa kerana saya tidak menggunakan papan tanda untuk nama itu.

"Saya tidak faham kenapa orang dengki dengan saya sedangkan saya tidak pun menganggu hidup mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Ahya dihubungi bagi mengetahui perkembangan kedai shiha miliknya yang menjadi kontroversi selepas menggunakan nama merujuk kepada sejenis bunga namun ditafsirkan sebagai lucah.

Tambah Ahya, kedai yang kini bertapak di Setapak itu masih meneruskan operasi seperti biasa.

"Kedai saya masih buka, lagipun ketika serbuan DBKL itu saya tiada masalah dan mempunyai lesen perniagaan yang sah," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga berhenti daripada memasuki pertandingan seni mempertahankan diri Muay Thai.

Katanya, Ia juga salah satu perkara yang tidak dibenarkan oleh ibunya.


"Saya memang yang ikut cakap mama, sekarang mama tidak benarkan saya masuk pertandingan Muay Thai, jadi saya terpaksalah berhenti. Dia tidak suka saya berlawan dan mengalami kecedraan," ujarnya.