Rakyat CHINA TAK SANGKA CHENG LONG Menang!! Selepas LEE CHONG WEI KALAH, Inilah Perkara PALING PELIK DILAKUKAN RAKYAT CHINA..Sememangnya DLCW Memang JAGUH BADMINTON Yang Hebat
PERLAWANAN aakhir perseorangan badminton lelaki di Sukan Olimpik Rio de Jenario Sabtu lalu antara pemain negara, Datuk Lee Chong Wei dengan pemain dari China, Chen Long cukup mendebarkan.
Dengan menerima sokongan padu daripada jutaan rakyat Malaysia, Chong Wei bagaimana pun terpaksa akur dengan kehebatan Chen Long apabila kalah 18-21, 18-21 dalam masa 1 jam 13 minit.
Impian Chong Wei untuk meraih pingat emas pertama untuk negara musnah sekali gus mencatatkan beliau kalah buat kali ketiga berturut-turut pada perlawanan akhir Sukan Olimpik. Pada Sukan Olimpik 2008 dan 2012, Chong Wei tewas dua kali di tangan pemain yang sama, iaitu Lin Dan, juga dari China.
Biarpun tewas di tangan Chen Long, prestasi Chong Wei tetap dipuji dan disanjung oleh seluruh rakyat Malaysia.
Semangat lawan yang ditunjukkan di atas gelanggang membuktikan pemain negara ini adalah seorang atlet yang tidak mengenal putus asa dan berjuang habis-habisan demi mencari kemenangan.
Pujian ini sesungguhnya bukan sahaja datang dari rakyat Malaysia sahaja, malahan peminat-peminat badminton dari China sendiri pun melahirkan perasaan kagum terhadap usaha gigih yang dipamerkan oleh Chong Wei.
Walaupun pemain negara mereka telah memenangi pingat emas, tetapi ramai rakyat China yang meninggalkan komen-komen di laman sosial tetap menghormati dan menyanjung Chong Wei sebagai seorang atlet yang berjaya dan berjiwa kental.
Memetik satu portal popular dari China, Zhihu, ramai netizen China tidak segan silu memuji persembahan pemain negara kita ini sepanjang temasya Sukan Olimpik kali ini. Mereka anggap Chong Wei adalah seorang yang pemain yang 'baik hati' dan tidak suka terlalu menunjuk-nunjuk.
Mereka mengakui mereka bukanlah kasihan kepada Chong Wei yang telah kalah sebanyak tiga kali pada perlawanan akhir, tetapi adalah lebih pada perasaan hormat dan teruja atas semangat perjuangannya hingga ke mata terakhir.
Tulis seorang netizen, Chong Wei mempunyai ramai peminat dan penyokongnya di negara China, salah satu sebabnya ialah mereka gemar melihat permainannya yang menarik dan penampilan peribadi yang bersahaja.
"Chong Wei telah kalah sebanyak tiga kali di perlawanan akhir, tetapi tidak ramai yang berasa simpati dengan nasib yang menimpa dirinya. Sebaliknya beliau adalah pemain yang tidak tolak bandingnya. Walaupun perlawanan cukup sengit sekali pun, Chong Wei tetap tenang mengharungi setiap detik perlawanan. Itulah keistimewaan pemain Malaysia ini," tulis netizen itu.
Menurutnya, berbeza dengan Lin Dan, Chong Wei terpaksa bertungkus-lumus untuk memburu setiap perlawanan secara bersendirian.
"Dalam pasukan China, Lin Dan dibantu beberapa pemain handalan dalam negara yang mampu meningkatkan prestasinya. Tetapi tidak pada Chong Wei. Di Malaysia, Chong Wei tidak ada saingan. Selain itu, Chong Wei kerap cedera, dia hanya mampu sabar dan menahan kesakitan secara sendirian," katanya.
Seorang lagi netizen dari China pula mengakui inilah kali pertama dia memberi sokongan kepada pemain negara luar kerana sangat sayang kepada Chong Wei.
"Chong Wei adalah pemain yang sentiasa tumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan. Sama ada sedang mendahului ataupun ketinggalan, beliau tetap tidak gelabah. Kadang-kala beliau menggenggam tangan dengan erat sambil memberikan keyakinan kepada dirinya sendiri," kata netizen itu.
Seorang lagi peminat badminton dari China, Yue Liao percaya ada ramai rakyatnya mahu Chong Wei menang dalam perlawanan akhir itu, namun nasib tetap tidak menyebelahi Malaysia.
"Detik-detik sedih sekali lagi terlukis pada raut wajah Chong Wei. Bukan sekali sahaja berlaku di Olimpik Bejing 2008, tetapi suasana sama sekali lagi menimpa dirinya di Olimpik London 2012 dan kali ini, kali ketiga di Rio de Jenario.
"Dia mengesat air matanya secara diam-diam. Hanya dia yang faham betapa sakit dan pilunya di hati biarpun telah cuba sedaya upayanya. Saya tahu sebenarnya ramai rakyat China mahu Chong Wei menang, malangnya dia tetap kalah dan hilanglah peluang terakhirnya untuk meraih pingat emas dalam Olimpik," tulisnya.
Bekas pemain wanita ping pong China yang juga bekas juara dunia, Deng YaPing dalam Weibonya memuji Chong Wei yang telah membuktikan dirinya adalah seorang atlet yang dikagumi oleh seluruh dunia.
"Persaingan dalam sukan sememangnya kejam. Chong Wei telah cuba dengan sepenuh tenaganya namun tetap meninggalkan seribu kesalan dalam karier hidupnya. Namun anda telah buktinya anda adalah seorang atlet yang berjaya. Dunia badminton sangat gemilang kerana adanya anda dan Lin Dan. Saya ucap tahniah kepada Cheng Long," tulis bekas pemain ping pong handalan itu.
Lin Dan ketika ditemu bual oleh sebuah portal China, Xin Lang.com sebaik sahaja kalah kepada Chong Wei pada separuh akhir melahirkan rasa puas hati kerana beliau kalah kepada kawan baiknya itu.
"Bagi saya, kekalahan Chong Wei di perlawanan akhir meninggalkan banyak kesan kepada saya. Saya rasa terharu atas semangat yang ditunjukkannya. Inilah yang menyebabkan saya tidak ada alasan untuk meninggalkan dunia badminton. Saya mahu terus berusaha dan menemani Chong Wei bermain badminton sehingga mencipta lebih banyak kejayaan," kata Lin Dan.
0 comments:
Post a Comment