FASHA SANDHA Terima Lamaran VVIP KAYA DAN TERKENAL!! Fasha Sandha Akhirnya TERSENYUM DEDAHKAN LELAKI ISTIMEWA Dalam Hatinya...
Akui didekati beberapa lelaki, Fasha Sandha, 32, yang sudah lapan bulan bercerai dengan bekas suaminya Rizal Ashram Ramli, bagaimanapun masih belum terbuka pintu hatinya untuk menerima cinta baharu.
Ini kerana kata pemilik nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, bukan mudah untuk mencari teman yang boleh menerima baik buruk dirinya dan kini beliau hanya ingin memberi fokus kepada anak-anaknya sahaja.
"Bukan mudah untuk cari pengganti pada ketika ini saya hanya mahu fokus kepada anak-anak yang sedang membesar sahaja kerana itu lebih penting.
"Ada beberapa lelaki yang cuba ingin berkawan dan saya selesa untuk berkawan sahaja dengan mereka," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Selain itu, Fasha juga dalam masa yang sama mahu memberikan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya dahulu buat masa ini selain tidak mahu melepaskan peluang melihat anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli, 2, dan Putri Raysha Jemyma, 1, membesar di depan mata.
Tambah Fasha, dia bersyukur anak-anaknya tidak menimbulkan banyak masalah dan meragam sepanjang dia keluar bekerja.
"Alhamdulillah mereka jarang sakit dan seperti tahu ibunya sedang bekerja. Mereka juga tidak ada bertanya tentang bapanya, mungkin mereka lebih dekat dengan saya sejak kecil," katanya.
0 comments:
Post a Comment