Wednesday 31 August 2016

Filled Under:

MOHON SHARE!! Bapa RAYU SUMBANGAN RM 50,000 Untuk PEMBEDAHAN JANTUNG BERLUBANG BAYI PEREMPUAN Umur 3 Bulan..No Akaun Bank Ada Pada Artikel

    MOHON SHARE!! Bapa RAYU SUMBANGAN RM 50,000 Untuk PEMBEDAHAN JANTUNG BERLUBANG BAYI PEREMPUAN Umur 3 Bulan..No Akaun Bank Ada Pada Artikel

    ALOR SETAR - Sebuah keluarga dari Langkawi, di sini, memohon bantuan kewangan RM50,000 untuk biaya pembedahan bayi perempuan mereka di Hospital Gleneagles Pulau Pinang.

    Nur Zara Fiza Ros Azizul, bayi berusia tiga bulan itu disahkan doktor menghidap masalah jantung berlubang melalui satu pemeriksaan minggu lepas.

    Menurut bapanya, Ros Azizul Mohd Rosli, 31, saiz lubang dianggar tujuh milimiter (mm) didapati ada pada jantung anak bongsu dari tiga beradik itu.

    “Pada awalnya, kami mendapati Zara sering batuk semenjak berusia sebulan lagi. Keadaan itu dilihat kian serius semenjak hujung bulan lepas," katanya.

    Disebabkan itu, menurut Azizul, dia bersama isterinya, Khadijah Zakaria, 26, membawa anak mereka mendapatkan rawatan di Hospital Langkawi sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
    “Anak kami disahkan menghidap jantung berlubang dan memerlukan pembedahan segera selepas pemeriksaan lanjut dilakukan di HSB 2 Ogos lepas.

    “Setakat ini, keadaan Zara stabil. Bagaimanapun, kami bimbang kerana saiz lubang pada jantung Zara agak besar dan buntu memikirkan wang RM50,000 perlu dikumpulkan," katanya.
    Menurut Azizul, dia tidak mampu membiayai kos pembedahan anak mereka memandangkan gajinya sebagai pemandu pelancong sekitar RM900 sahaja.

    Tambahnya, pendapatan bulanan tidak mencukupi, sementelahan isteri tidak bekerja manakala dua anaknya masing-masing berusia lima dan tujuh tahun masih belajar di tadika dan sekolah rendah.
    Untuk itu, Azizul merayu bantuan orang ramai bagi mengumpulkan wang untuk keperluan pembedahan segera bayi perempuan mereka.


    Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank-152152010016 atas nama Ros Azizul Mohd Rosli.

    SUMBER : sinarharian online




    0 comments:

    Post a Comment