Saturday, 3 September 2016
"Bukan SAYA TAK NAK LAYAN ABANG..Tapi ESOK LAH.."!! Sayu KISAH SEORANG ISTERI SOLEHAH TERLEPAS PAHALA TERAKHIR UNTUK SUAMINYA..Semoga Menjadi Pengajaran Untuk Semua
Posted By:
zuzudunhill
on 17:11
"Bukan SAYA TAK NAK LAYAN ABANG..Tapi ESOK LAH.."!! Sayu KISAH SEORANG ISTERI SOLEHAH TERLEPAS PAHALA TERAKHIR UNTUK SUAMINYA..Semoga Menjadi Pengajaran Untuk Semua
“Saya mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.
Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.
Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalam keluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.
Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan. Saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Maghrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.
Selepas menunaikan solat Maghrib, kami keluar ke sebuah restoran kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoran, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.
Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang.
Saya melihat jam tangan. “Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya. Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman.
Kami tiba di rumah jam 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur. Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoran. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum. Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan saya. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.
Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.
Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri dan yang lebih saya takuti jika suami tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya”.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir di pipi. Saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.
p/s : sebagai isteri, wajib melayan kehendak zahir & batin suami selagi ianya tidak melanggar hukum agama
Bapa TAK GUNA!! Padah SUAMI SELALU MAIN DENGAN ANAK DI TINGKAT ATAS..Akhirnya ANAK KECIL MENJADI Mangsa KERAKUSAN BAPA
Posted By:
zuzudunhill
on 08:08
Bapa TAK GUNA!! Padah SUAMI SELALU MAIN DENGAN ANAK DI TINGKAT ATAS..Akhirnya ANAK KECIL MENJADI Mangsa KERAKUSAN BAPA
Saya ingin kongsikan satu kisah untuk semua yang belum atau yang sudah berkahwin. Saya kenalkan diri saya sebagai Ara, umur lewat 20’an.
Kisahnya begini, saya berkahwin dengan suami atas dasar cinta, suka sama suka. Suami yang masuk meminang walaupun saya belum bersedia. Tetapi saya fikir positif, mungkin sudah smapai jodoh saya sebab setiap kali berdoa, saya ingin tamatkan zaman bujang di umur 25 tahun.
Allah makbulkan, saya bertuah mempunyai suami yang agak kacak, kulit sawo matang, hidung mancung, berlesung pipi. Ada juga orang kata wajah di seiras Dafi, adakalanya seperti Adi Putra. Tetapi bagi saya, saya mencintai dia bukan kerana rupa.
Awal perkahwinan kami sangat bahagia. Kami belajar mengenal diri masing-masing dan bohonglah kalau tak pernah bergaduh. Tetapi saya jenis yang gila-gila, begitu juga dengan suami.
Setelah 5 bulan berkahwin, saya disahkan mengandung. Alhamdulillah, suami jaga bagai menatang minyak yang penuh. Sekali pun tak pernah miss temankan saya pergi ke Klinik Kesihatan. Ubat dan pemakanan, semua dijaga olehnya.
Dia juga memasak untuk saya yang hanya disuruh duduk berehat sepanjang kehamilan. Di waktu bersalin pun dia temankan saya. Betapa gembiranya dia menjadi seorang ayah.
Saya menyewa di sebuah negeri di bandar utamanya yang agak sibuk. Saya bekerja, manakala suami bekerja sendiri. Jadi dia sentiasa berada di rumah menguruskan perniagaan onlinenya.
Hendak dijadikan cerita, suami ada akaun WeChat. Ada budak-budak sekolah dan yang baru habis sekolah add dia di WeChat. Saya tahu semua dan saya baca semua mesej mereka. Jadi, tiada apa-apa yang mencurigakan.
Lama kelamaan, budak itu semakin cantik dan seakin putih. Dulu hitam, sebab baru habis sekolah.
Bila bekerja di kedai tudung, semakin cantik pula jadinya. Rumah dia dua tingkat atas rumah saya. Jadi, suami selalu dukung anak naik ke tingkat atas untuk ambil angin tengok keadaan sekeliling.
Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa. Semuanya seperti biasa-biasa sahaja sebab suami pun ada beritahu yang budak itu biasa-biasa sahaja.
“Alah, budak saja tu. Awak lagi cantik daripada dia,” kata suami.
Mulut lelaki, manisnya mengalahkan gula.
Pada suatu hari, saya perlu menghadiri kursus selama seminggu. Terpaksa meninggalkan anak yang berusia 5 bulan dengan suami di rumah.
Kebetulan, saya balik dua hari lebih awal dan saya tidak memaklumkan kepada suami kerana mahu membuat kejutan.
Sampai di rumah, saya terkejut, pintu terkunci dari dalam. Saya ketuk banyak kali dan akhirnya dibuka. Suami keluar dan budak perempuan itu ada dalam rumah.
“Dia datang nak tengok baby saja sayang,” jelas suami.
“Datang tengok baby? Dah tu, kenapa selipar dia ada di dalam rumah? kenapa tak diletakkan di luar? Kenapa saya ketuk berkali-kali baru nak buka?” soal saya yang masih menahan kesabaran.
Suami hanya mendiamkan diri. Air mata saya mula bergenang. Saya ambil telefon perempuan itu dan minta dia bukakan password. Saya tahu kalau periksa telefon suami, mesti semua bukti telah dibuang.
Ternyata benar sekali sangkaan saya, memang suami saya ada bermesej dengan perempuan itu. Mesej bersayang-sayang. Hati kecil saya meraung sedih melihat anak kecil saya.
“Kenapa awak buat saya begini? Kahwinlah dengan perempuan ini kalau mahu.
Jangan buat maksiat. Saya izinkan awak kahwin lain. Tetapi dengan syarat, izinkan saya keluar dari rumah bersama anak dan jangan cari saya selagi saya tidak bersedia untuk balik,” kata saya yang turut membenarkan mereka duduk di rumah yang kami bina ini dari taida apa-apa sehingga menjadi syurga kecil bagi kami.
Friday, 2 September 2016
"Bila SUAMI TENGOK FILEM HINDUSTAN, Dia SANGGUP JILAT DAN CIUM Semuanya.."!! Isteri TANGGUNG DERITA BATIN Selepas SUAMI DAPAT SAKIT MISTERI..Cepat JUMPA DOKTOR Jika SUAMI DISERANG PENYAKIT BAHAYA Ini.
Posted By:
zuzudunhill
on 22:25
"Bila SUAMI TENGOK FILEM HINDUSTAN, Dia SANGGUP JILAT DAN CIUM Semuanya.."!! Isteri TANGGUNG DERITA BATIN Selepas SUAMI DAPAT SAKIT MISTERI..Cepat JUMPA DOKTOR Jika SUAMI DISERANG PENYAKIT BAHAYA Ini.
SAYA wanita berumur 27 tahun, sudah empat tahun berkahwin dan ada anak perempuan berumur tiga tahun. Saya dan suami berkahwin selepas tujuh tahun menyulam cinta. Dia suami yang baik dan penyayang.
Bagaimanapun, ketika hamil hidup saya mula tertekan selepas dapat tahu suami gemar beronani. Apabila dia menonton filem Hindustan wanita menari dan pakai pakaian seksi, dia beronani sehingga klimaks. Dia ingat saya tidak tahu. Sebenarnya saya tahu tapi mendiamkan diri kerana tidak mahu dia malu. Namun, saya akhirnya hilang sabar apabila dia masih teruskan tabiat itu di belakang saya.
Lama kelamaan perangai gila seks suami saya makin parah. Satu hari Allah sengaja nak tunjukkan pada saya. Suami sangka saya tidur ketika dia asyik menonton cerita Hindustan di televisyen. Saya lihat dia menyentuh kaca televisyen yang ketika itu menayang dada perempuan menari. Malah, dia juga menjilat dada perempuan dalam kaca televisyen itu.
Hancur luluh hati melihat suami bersikap gila seks begitu. Ketika itu umur anak kami setahun. Saya menasihatinya cara baik, tapi dia hanya diam dan senyum. Di belakang saya, dia masih melakukan perbuatan memalukan itu. Ketika anak berumur dua tahun, saya ulangi nasihat kepadanya dan memberitahu perbuatannya berdosa, namun dia masih melakukannya.
Kadangkala dia tidak melakukan hubungan kelamin bersama saya sehingga lebih sebulan, tetapi dia puaskan dirinya dengan onani dan berimaginasi mengenai wanita seksi yang ditontonnya dalam televisyen. Saya tidak sangka mendapat suami gila seks seperti ini.
Pernah satu hari dia tinggalkan saya di rumah kawan pada waktu malam dan pulang ke rumah. Ketika itu adik perempuan saya tinggal dengan saya. Selepas itu adik saya beritahu, suami saya bersikap lain macam dengannya. Tidak mahu perkara buruk berlaku, saya terus hantar adik saya pulang ke kampung. Ini kerana saya pernah lihat cara suami memandang adik saya dari bawah ke atas penuh bernafsu.
Ketika menulis surat ini, tangan saya menggigil dan hati saya hancur. Saya kini berubah menjadi pendiam, tapi suami tak pernah kisah.
Saya bangun malam untuk menunaikan solat tahajud dan berdoa semoga dia berubah. Saya pernah bertanya adakah dia tidak puas bersama saya dan sebab itulah dia suka beronani, tapi dia buat tidak tahu.
Kebelakangan ini dia suka merakam aksi perempuan tidak berbaju untuk disimpan dalam telefon bimbitnya. Mungkin mudah untuk dia beronani di luar rumah tanpa pengetahuan saya. Saya sudah letih dengan hal ini dan sangat tertekan.
Saya masih menghormatinya sebagai suami. Saya sanggup bekerja biarpun sebagai kuli demi meringankan beban suami yang gaji tidak seberapa. Saya juga beritahu suami, jika ada perempuan lain yang dia suka, kahwinlah. Saya reda jika Allah takdirkan saya hidup bermadu. Namun, saya tidak mahu bercerai kerana tidak rela anak saya hilang kasih sayang ayahnya.
Demi Allah, saya reda biar hati saya menderita asalkan anak bahagia. Saya tidak tahu apakah suami saya mampu berubah, cuma saya harap dia bertaubat sebelum sakaratul maut. Saya ubah rambut, jaga kesihatan dan berat badan. Saya sentiasa mencantikkan diri dengan alat solek dan melakukan diet senaman, tapi saya rasa seperti sia-sia.
TERGEMPAR!! "Saya AKAN BERUSAHA..Saya TERLALU RINDUKAN DIA.."!! Kesian ZILA SEERON...PENGAKUAN IKHLAS ZILA Buat ALONG TAK SENANG DUDUK DAN SEBAK. Mungkinkah MEREKA AKAN KEMBALI Bersama?
Posted By:
zuzudunhill
on 17:42
"Saya AKAN BERUSAHA..Saya TERLALU RINDUKAN DIA.."!! Kesian ZILA SEERON...PENGAKUAN IKHLAS ZILA Buat ALONG TAK SENANG DUDUK DAN SEBAK. Mungkinkah MEREKA AKAN KEMBALI Bersama?
Penyanyi Zila Seeron, isteri kepada pelawak Along Cham, mengesahkan sudah tidak bersefahaman bersama suaminya itu.
Bekas finalis Akademi Fantasia musim keempat itu turut mengakui tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya sejak beberapa bulan yang lalu.
Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, berkata, sudah empat bulan mereka tidak tinggal bersama dan kini sedang berdepan proses mahkamah difailkan Along membabitkan kes nusyuz.
"Saya pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz. Sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.
.“Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial). Tetapi selepas seminggu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan selepas itu saya tidak dibenarkan bertemu Danial lagi.
"Saya terlalu rindukan anak saya," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Mawi di Bangi ketika diminta mengulas mengenai dakwaan rumah tangganya dan Along yang dikatakan sedang berantakan.
Bagaimanapun menurut Zila, dia tetap akan mendapatkan hak penjagaan anak walaupun ia berpihak kepada Along buat masa sekarang.
"Memang atas persetujuan bersama, anak dijaga oleh suami. Dan saya hanya dibenarkan bertemu Danial sebulan dua kali dan anak tidak boleh bermalam bersama saya.
"Saya mengaku memang tiada apa-apa sekarang untuk menuntut hak saya. Tetapi saya berjanji akan menuntut anak saya apabila saya sudah stabil nanti," katanya tegas.
Tambah Zila lagi, masalah dalam rumah tangga mereka berpunca daripada sikap Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 34, yang sering mencari salahnya tanpa alasan kukuh.
"Tiada apa lagi yang ingin saya katakan. Saya telah mencuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik selama enam tahun ini, tetapi di mata dia saya tidak pernah sempurna," katanya sayu.
"BENDA TU DOSA..Allah Laknat Kalau Saya Bagi Juga.."!! Suamai Gila CERAIKAN ISTERI TALAK TIGA Kerana Enggan Ikut 'KEINGINAN PELIK SUAMI'
Posted By:
zuzudunhill
on 17:01
"BENDA TU DOSA..Allah Laknat Kalau Saya Bagi Juga.."!! Suamai Gila CERAIKAN ISTERI TALAK TIGA Kerana Enggan Ikut 'KEINGINAN PELIK SUAMI'
Baru 2 bulan berpisah dengan suami. Sebelum kahwin, saya mengenalinya dari Facebook dan berkawan secara online agak lama juga. Selepas itu, kami berjumpa dan berkawan dalam 7 bulan dan berkahwin.
Suami saya jenis lelaki yang tidak pernah meninggikan suara dan cool orangnya. Sifatnya itu membuatkan saya jatuh hati padanya walaupun dia kerja biasa-biasa sahaja. Sedangkan saya kerja kerajaan dengan jawatan yang agak tinggi. Sepanjang 3 tahun perkahwinan, kami dikurniakan seorang anak perempuan.
Jadi, nak dijadikan ceritanya ibu mertua saya berkahwin dengan duda anak 5 pada tahun lepas. Saya perasan suami kerap balik lewat sejak 3 ke 4 bulan yang lalu. Katanya ada banyak kerja dan saya percaya pada dia. Kadang-kadang kalau balik lewat, dia tak masuk bilik tetapi tidur di sofa. Ada juga tak balik sampai ke pagi. Saya dah mula rasa lain macam.
Satu malam itu, saya sudah hilang sabar dengan dia yang kerap tak balik. Saya mesej, tak dibalas, telefon, tak dijawab. Malam itu saya terasa sangat bengang sampai saya mesej dia.
"Kalau betul abang ada perempuan lain, saya berdoa pada Allah agar Allah tunjukkan sendiri di depan mata saya,"
Namun, tidak juga dibalas sebaliknya hanya 'seen' sahaja.
Malam itu, jam 4 pagi saya memberanikan diri keluar dari rumah membawa anak untuk mencari dia.
"Saya keluar bawa anak cari abang,"
"Baliklah, jumpa saya di rumah," kata suami yang juga berkongsi gambar yang dia tengah makan dengan adik perempuan dia, adik perempuan tiri dan kawan-kawan mereka.
Saya marah sebab dia sanggup lepak malam-malam buta dengan budak-budak itu sedangkan anak isteri di rumah. Tak apa, saya sabar dan saya pun balik. Saya tunggu di rumah, dia tak juga muncul. Saya ambil keputusan untuk keluar semula.
Kebetulan saya saja melalui rumah lama ibu mertua (ibu mertua sekarang tinggal di rumah suami). Saya nampak kereta suami! Saya masuk rumah itu dan saya nampak kasut dia dan satu bilik berkunci. Saya ketuk pintu bilik tetapi tiada yang jawab. Saya yakin ada orang di dalamnya sebab saya dengar bunyi kipas. Saya telefon mak mertua dan suruh dia datang.
Tidak lama selepas itu, saya terdengar ada orang terjun dari balkoni tetapi pintu bilik masih tak terbuka. Saya terus turun sebab risaukan anak dalam kereta tengah tidur.
Tak lama kemudian, ibu mertua dan suaminya datang. Kami bersama-sama menendang pintu billik itu dan saya sangat terkejut sebab adik tiri saya berada di dalam bilik itu.
Semasa ibu mertua menendang pintu bilik itu, dia panggil nama anak tiri dia sebab dia sendiri syak suami saya ada hubungan dengan anak tiri dia. Jadi selama ini ibu mertua memang tahu tentang hal ini tetapi tidak pernah memaklumkan kepada saya.
"Selama ini, diorang memang rapat tapi tak sangka sampai jadi macam ini," kata ibu mertua.
Ya Allah, rasa nak pitam dengan kata-kata ibu mertua. Terasa hati ini kecewa tak terkata.
Tiba-tiba suami muncul dari belakang rumah (rumah abang dia). Katanya dia tidur di rumah abangnya tetapi saya tidak percaya sebab kasut dan kereta dia ada di rumah ibu mertua.
Sejak dari itu, saya cuba selidik. Rupa-rupanya selama ini dia kerap balik lewat sebab pergi ke kelab malam dengan adik perempuan dia, adik tiri dan kawan-kawan adik dia. Dia juga mengaku ada minum arak dan ada hubungan sulit dengan adik tirinya.
Allah, terkedu saya.
"Apa salah saya pada abang? Saya tak pernah curang, tak pernah terfikir pun sebab saya sayangkan keluarga kita. Tetapi abang semudah itu menghancurkan semua yang kita bina,"
Baru-baru ini pun saya mendapat tahu yang suami dan adik perempuan dia juga pernah terlanjur. Tetapi saya tidak pasti kesahihan perkara ini kerana tiada bukti. Tetapi semua ini tidak mustahil sebab suami dengan adik tiri pun boleh terlanjur. Adik dia pun selama ini bersubahat dengan suami, sama-sama pergi kelab dan adik ipar tahu suami dan adik tirinya ada skandal tetapi tidak pernah cakap langsung dengan saya.
Kini kami sudah pun bercerai, suami langsung tak pernah ambil tahu perihal saya dan anak. Bukan sahaja suami, malah keluarga mertua juga langsung tidak ambil peduli. Ibu mertua tiba-tiba saja tak nak mengaku yang anaknya dengan anak tirinya ada skandal. Yea, saya faham, ibu mana yang mahu mengaku kan? Tetapi sebagai nenek, sanggup abaikan cucu darah daging sendiri.
Kepada bekas suami, sanggup awak ceraikan saya walaupun awak yang bersalah dalam hal ini. Sanggup awak tinggalkan saya disebabkan betina itu. Saya doakan hati awak terbuka untuk jalankan tanggungjawab awak kepada anak. JAngan suatu hari nanti awak menyesal sebab anak dah tak kenal awak. Sekarang awak gembira, tak apa, Allah maha adil.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















