Friday, 26 August 2016

HOSPITAL B***N**** KEJAM : "Pihak HOSPITAL TAK SANGGUP HANTAR MAYAT ISTERI ENCIK..Maaf ENCIK URUS SENDIRI SEMUANYA Kerana Jenazah ISTERI SANGAT.."!!

HOSPITAL B***N**** KEJAM : "Pihak HOSPITAL TAK SANGGUP HANTAR MAYAT ISTERI ENCIK..Maaf ENCIK URUS SENDIRI SEMUANYA Kerana Jenazah ISTERI SANGAT.."!! 


BHAWANIPATNA - INDIA. Seorang lelaki di India mengusung mayat isterinya sejauh 12 kilometer selepas pihak hospital didakwa gagal menyediakan ambulans untuk membawa mayat pulang ke kampung mereka.

Isteri Dana Majhi, Amang, 42, meninggal dunia akibat batuk kering di hospital daerah di bandar Bhawanipatni.

Kata Majhi, jarak antara hospital dengan kampungnya adalah sehingga 60 kilometer dan dia tidak mampu menyewa kenderaan untuk membawa pulang isterinya.

Keadaan yang mendesak menyebabkan dia terpaksa pulang dengan mengusung mayat isterinya ke kampung mereka dengan ditemani  anak perempuan 12 tahun mereka, Chaula.

Bagaimanapun pegawai kanan perubatan hospital, B Brahma menafikan dakwaan tersebut.
Jelas Brahma, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk tidak menyediakan ambulans bagi penghantaran pulang mayat Amang dan hanya sedar mayat tersebut hilang keesokan harinya.


"Wanita itu telah dimasukkan ke hospital pada hari Selasa dan meninggal dunia pada malam yang sama. Suaminya menghilangkan (membawa pulang) mayatnya tanpa memaklumkan mana-mana kakitangan hospital," katanya.

Majhi bagaimanapun menyanggah dakwaan tersebut dan menegaskan dia terpaksa berjalan kaki pada keesokan harinya dengan mayat Isteri pada bahunya selepas kakitangan hospital memintanya untuk membawa pulang mayat isterinya.

“Saya terus merayu kepada kakitangan hospital menyediakan kenderaan untuk membawa mayat isteri saya, tetapi tidak berjaya. Oleh kerana saya seorang yang miskin dan tidak dapat menyewa kenderaan peribadi, saya tidak ada pilihan selain mengusung isteri saya sendiri pada bahu saya," katanya.

Majhi dikatakan  berjalan sejauh 12 kilometer sebelum orang sebuah ambulans akhirnya tiba memintas perjalanan beliau dan membawa pulang mayat tersebut ke kampung mereka.


Difahamkan, ambulans tersebut tiba selepas campur tangan orang ramai yang menyaksikan keadaan mereka sekeluarga.


Wanita MENGANDUNG WAJIB BACA..Bahaya MINUM MINYAK KELAPA DARA!! Doktor SAKIT PUAN SAHKAN BAYI ANDA DALAM BAHAYA..Tolong SEGERA BUAT LANGKA-LANGKAH Ini.

Wanita MENGANDUNG WAJIB BACA..Bahaya MINUM MINYAK KELAPA DARA!! Doktor SAKIT PUAN SAHKAN BAYI ANDA DALAM BAHAYA..Tolong SEGERA BUAT LANGKA-LANGKAH Ini.



Assalammualaikum

smlm sy ada sempat terbaca post tntng doctor marah pasal minum minyak klpa dara utk ibu2 mngandung. sy sbgai staffnurse byk pengalaman tntng ini. minum minyak kelapa dara ni sbenarnya tdk akn memudahkan proses bersalin. wahai sang ibu2 di luar sana, jgn lah mudah percaya iklan2 atau ckap org. sy ada pengalaman sendiri. Bukan sbb dia tu doktor dan semua dia lah saja yg benar. ok! ramai ibu2 yg mengandung tu percaya benda2 stupid bgini. Fikir lah wahai ibu. cara kamu tu adlh satu kebodohan yg teramat sgt. kamu merbahayakn kesihatan ank kamu yg ada dlm perut. minum minyak kelapa dara akan melambatkn proses pengecutan rahim kamu sndiri. selain itu, ia akn melemahkan tulang2 bayi. Dan besar kemungkinan akn mengalami pendarahan teruk. Kesan paling truk akn kmu dapat adlh tulang bayi kamu, dan berkemungkinan bayi mudah mendapat jangkitan. Tolong, jgan mudah sgt percaya pada petua2 bodoh yg akn membuat kamu mnyesal. Kesannya akn kamu lihat apabila ank kamu sdh besar. Hal ini sdah terbukti. Lumrah sakit melahirkn tu memang ada. jangan pendek akal. jangan salahkan doktor bila sesuatu hal buruk berlaku. jika nak mudah bersalin, sebulan sblum melahirkan kerapkan meminum air kelapa. Apabila sudah ada tanda2 mahu bersalin, minum lah air kelapa saja. bkn minyak kelapa darah. Bayi mudah mendapat jaundis, sesak nafas, jangkitan paru2 dan buah pinggang. begitu jga kpda sang ibu. Berpotensi mdapat risiko. Lebih baik mengelak. Bykkn berdoa dan serahkn pada Allah. InsyaAllah, semuanya akn baik2. Ramai ibu yg tdk tahu akn hal ini. Baik lah ini shaja yg sy mahu kongsikan kpda para ibu. hrap berguna ya kpada ibu2. kpada yg tdak setuju, abaikan saja, jgn letak komen mengutuk. tapi jika sesuatu terjadi, jgn salahkan siapa2. Doktor juga selalu pesan kpada kami utk smpaikan kpd ibu2 mengandung.
As'slm. Thanks admin kerana sudi siarkan sharing sy.
sy juga ibu kpda 5org ank.

SUMBER : fb kisah rumahtangga


"Aku Dan Family NAK SUPRISE KAN BINI AKU, Tapi KAMI YANG TERKEJUT DAN MALU Bila JUMPA BINI DALAM KEADAAN.."!! Nauzubillah...

"Aku Dan Family NAK SUPRISE KAN BINI AKU, Tapi AKU YANG TERKEJUT Bila JUMPA BINI DALAM KEADAAN.."!! Nauzubillah...

Heboh di laman sosial mengenai kisah seorang lelaki memberi kejutan kepada isterinya kerana curang kepadanya. Berikut merupakan kisah tersebut.
Aku dapat rasa isteriku menipu dan curang dibelakangku. Setiap kali dia memegang handphone, dia akan senyum seorang diri dan bila ditanya dia mengatakan bahawa dia sedang bermesej dengan ibunya. Nampak pelik bukan.

Dia juga selalu sangat balik lewat ke rumah katanya banyak kerja di tempat kerja. Bila aku menelepon kawan sekerjanya, rakannya memberitahu dia telahpun balik tepat pada waktu habis office hour.

Kejadian yang paling pelik yang berlaku adalah ketika dia bangun pukul 11:30 malam dan ingin keluar katanya ingin membeli susu. Dan dia tidak kembali sampailah pulul 2 pagi.

Aku biarkan sahaja, kerana aku ingin mencari bukti kukuh untuk aku berikan kepada peguamku disamping untuk berikan aku masa mencari tempat tinggal yang baru.

Aku mengambil keputusan untuk melakukan kejutan pada harijadinya dan aku akan hentikan semua ini pada hari tersebut. Biar ianya menjadi majlis harijadi yang dia tak akan lupa sampai bila-bila.

Dalam beberapa hari sebelum hari jadi nya, aku memberitahu yang aku merancang parti untuk dirinya. Tetapi dia menolak malah di mengarahkan aku untuk pergi ke rumah kawan dan bergembira bersama kawan sementara itu dia kena melakukan banyak kerja. Alasan lain yang diberikannya adalah dia tidak mahu diingatkan bahawa dia sudah berumur.

Tahap klimaks aku betul-betul yakin dia curang kepadaku apabila aku menemui minuman dan 2 gelas di dalam alammari pakaian.

Maka pada hari jadinya aku berupra-pura pergi ke luar kota bersama kawan. Apa yang aku lakukan adalah, aku menghubungi mak mertua , ayah mertua , iparku, serta kawan-kawan isteriku untuk memberikan kejutan terus ke rumah.

Aku memberitahu supaya mereka memberikan kejutan harijadi yang terbaik. Berjalan masuk ke dalam rumah dengan perlahan-lahan tanpa didengari.

Maka hari itu tiba, mak mertua ku membawa kek dan orang lain membawa barangan kejutan parti harijadi. Kami perlahan-lahan masuk ke dalam rumah, dan apabila tiba di depan pintu , kami menolak daun pintu dan menjerit..

“SUPRISE!!!”

Betapa terkejutnya mak mertua , ayah mertua dan orang lain kerana mendapati isteriku dalam keadaan bogel bersama orang lain.

Ayah mertuaku menjerit begitu juga dengan orang lain.



Lelaki di dalam bilik tersebut cepat-cepat memakai pakaian dan berlari keluar. Dan akhirnya, berakhirlah kisah hidup aku dengan isteriku dengan keadaan isterku akan mengingati detik ini,


INFO KEBAHAGIAAN LELAKI : 6 Tips MENGENALI PERIBADI WANITA MELALUI CARA BERJALAN!! Memang 'PUAS' LELAKI KALAU DAPAT Wanita Cara Berjalan No. 5..

INFO BAHAGIA : 6 Tips MENGENALI PERIBADI WANITA MELALUI CARA BERJALAN!! Memang 'PUAS' LELAKI KALAU DAPAT Wanita Cara Berjalan No. 5..

1) SERING MEMANDANG KE KANAN KIRI SEMASA BERJALAN
Wanita yang berjalan seperti ini adalah dikalangan wanita yang pandai dalam menyimpan rahsia dan berhati-hati dalam setiap perbuatannya. Meskipun ramai yang beranggapan wanita seperti ini tidak berapa jujur dan suka berbohong atasu menipu tetapi masih ramai lelaki yang suka untuk memikatnya. Mereka beranggapan wanita seperti ini mudah untuk mengikut kemahuan mereka.

2) BERJALAN TETAPI KAKINYA SEPERTI TIDAK MEMIJAK KE TANAH
Wanita seperti ini dianggap mempunyai ego yang tinggi dan sombong. Selain itu, mereka juga bersikap agak membazir dan boros ketika berbelanja dan mudah tertarik dan tergoda dengan barang-barang berjenama. Wanita ini juga kebanyakannya mempunyai mulut laser dan cakap main lepas sahaja tanpa mempedulikan orang lain.
Kaum lelaki pula suka memikat perempuan seperti ini kerana mereka biasanya pandai bergaya dan mementingkan penampilan diri yang menyebabkan ramai lelaki cair.

3) BERJALAN SUKA MENUNDUK
Wanita yang berjalan suka menunduk ini biasanya mempunyai sikap yang setia dengan pasangannya. Wanita ini juga lebih selesa berbual bersama-sama dengan orang yang dikenali dan rapat dengannya berbanding dengan orang yang baru dikenalinya.
Mereka juga agak pemalu dan selalu bersikap dingin dengan orang tetapi akan menjadi ramah dan mesra apabila anda sudah mengenalinya.

4) BERJALAN PANDANG TERUS KE DEPAN
Wanita Seperti ini adalah mereka yang fokus terhadap apa yang mereka ingin lakukan dan mempunyai pendirian yang teguh dalam setiap perkara. Namun, mereka juga tergolong dikalangan mereka yang tidak mengikut telunjuk atau arahan orang lain dan sentiasa ingin melakukan perkara mengikut cara dan kehendaknya sendiri.
Oleh itu, anda perlu siap sedia jika anda tidak sependapat dengan wanita ini dan siapa sedia untuk mendengat leteran yang panjang yang kadang-kadang membuatkan anda rasa menyampah.
Wanita ini juga cenderung untuk memandang rendah dengan orang yang tidak sama kedudukan atau pangkat dengan mereka.

5) BERJALAN LENGGANG LENGGOK
Wanita seperti ini tergolong dalam kategori wanita penggoda dan tidak kurang juga yang mengganggap mereka ini gedik. Wanita ini juga biasanya sangat yakin dengan diri mereka sendiri.
Selain itu, wanita yang berjalan lenggang lenggok ini juga seorang yang pandai bergaul dan bersosial dan mudah mesra dengan orang lain. Kaum lelaki memang suka untuk memikat wanita seperti ini.

6) BERJALAN BERHENTI-HENTI
Wanita seperti ini ketika berjalan akan selalu berhenti-henti seolah-olah mereka berasa ragu-ragu. Wanita seperti ini agak mudah tersinggung dan agak lemah dari segi ketabahan mereka.
Mereka biasanya sangat pemalu dan agak takut-takut apabila berada di khalayak ramai. Walaubagaimanapun, wanita seperti ini biasanya seorang yang jujur dan suka menghulurkan bantuan jika anda meminta pertolongan daripadanya.


So, itulah dia sedikit sebanyak cara untuk kenali rahsia wanita melalui cara berjalan. Ada tak anda nampak persamaannya dengan anda ataupun kawan-kawan wanita anda?

SUMBER : lelakisihat


"Maaf MAK, Dia SURUH SAYA BUNUH MAK...Saya TERPAKSA IKUT"!! Ibu Malang MATI DIBUNUH ANAK GUNA CANGKUL

"Maaf MAK, Dia SURUH SAYA BUNUH MAK...Saya TERPAKSA IKUT"!! Ibu Malang MATI DIBUNUH ANAK GUNA CANGKUL 



KUANTAN, 7 Februari:
Seorang anak dipercayai memukul ibunya hingga mati dengan batang cangkul di rumah mereka di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, semalam.

Suspek berusia 20 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan itu setelah mendakwa mendapat arahan daripada suara ghaib.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa Hamidah Mat Zin, 47, sedang berehat di ruang tamu.

“Suspek dikatakan meracau seorang diri sebaik memasuki ruang tamu, sebelum dia bertindak memukul kepala ibunya bertubi-tubi. Difahamkan, suspek lari meninggalkan rumah berkenaan selepas kejadian.

“Anak saudara mangsa yang kebetulan singgah di rumah berkenaan mendapati mangsa berlumuran darah dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Abdul Aziz berkata mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mendapatkan rawatan dan anak saudara mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading. Suspek dapat ditahan kemudiannya.

“Kita berjaya menahan suspek yang berada di rumah itu kira-kira dua jam selepas kejadian. 
Berdasarkan laporan siasatan awal, suspek mengalami masalah sakit mental sejak berusia 16 tahun dan sering mendengar suara ghaib… yang mengarahkannya memukul ibunya sehingga mati.

“Ibu suspek yang bekerja sebagai pekerja am di Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

“Jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian,” katanya.
Abdul Aziz berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya sudah merampas kayu cangkul yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.


Suspek kini direman selama seminggu dan kes disiasat kerana menyebabkan kematian.

SUMBER : feb 2015, rakyatpost


Ibu Bapa Tolong JANGAN BELI UNTUK ANAK POWERBANK JENAMA MAHAL Ini..Tak Sempat Guna DAH MELETUP!! Inilah AKIBAT YANG MENGERIKAN Apabila GUNA POWERBANK MAHAL Ini Selepas Beberapa Hari

Ibu Bapa Tolong JANGAN BELI UNTUK ANAK POWERBANK JENAMA MAHAL Ini..Tak Sempat Guna DAH MELETUP!! Inilah AKIBAT YANG MENGERIKAN Apabila GUNA POWERBANK MAHAL Ini Selepas Beberapa Hari


KUALA LUMPUR: Seorang jurukamera Bernama News Channel (BNC) melecur di paha kiri apabila power bank yang diletakkan di dalam begnya secara tiba-tiba terbakar.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari Khamis, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Awie, 43, berkata ketika kejadian beliau sedang bertugas membuat liputan berita di satu majlis di Chow Kit. 

"Saya duduk di kerusi sambil memangku beg di atas paha, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat beg saya terbakar di bahagian bawah," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. 

Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Taman Melawati akibat melecur teruk di bahagian paha kirinya. 

"Power bank itu hadiah yang saya terima semasa membuat liputan dan baru menggunakannya semalam, saya juga telah mengecas penuh power bank itu namun tidak sempat menggunakannya hari ini," katanya. 


Tambahnya, akibat kejadian itu, separuh paha kirinya melecur, dua pen drive di dalam beg hangus manakala beg tersebut berlubang di bahagian bawah dan kesan terbakar. -Bernama


Penjual NASI LEMAK ANAK DARA Bukan GADIS MELAYU BIASA!! 'ASET GADIS HEBAT' Ini Bakal MENJADI KEGILAAN RAMAI PEMINAT..Rugi LELAKI MELAYU TERLEPAS GADIS MACAM NI..

Penjual NASI LEMAK ANAK DARA Bukan CALANG-CALANG GADIS MELAYU!! ASET GADIS Ini Bakal MENJADI KEGILAAN RAMAI PEMINAT..Rugi LELAKI MELAYU TERLEPAS GADIS MACAM NI..



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah sye dapat order 100 bungkus nasi lemak anak dara untuk pagi nie. Tapi hamba Allah nie bagi amanah kepada sye untuk sedekah kepada sesiapa yg singgah gerai sye pagi tadi. Terima kasih tuan. Moga makin murah rezeki tuan 😊 Hanya 50 minit licin semua jualan. Alhamdulillah rezeki Allah 😊
..
Mesti ramai yg nak tau kisah hidup sye dan macam mana sye boleh buka gerai nasi lemak anak dara kan?
..
Okay sebelum tu sye cerita latar blkng sye dulu 😊. Nama penuh sye Siti Hajjar Binti Ahmad. Umur dah 24 tahun. Anak ketiga dari lima adik beradik. Tinggal kat sungai petani, kedah. Sye degree fresh graduate electronic engineering (medical electronic) dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan insyaAllah Oktober nie sye akan konvo dengan beralaskan cgpa 3.33.
..
Sye sebenarnya baru merantau dan stay kat shah alam dah hampir tiga minggu. Alasan sye nak stay kat sini sebab selalu dapat interview dan bg sye better sye dok kat sini terus. Alhamdulillah lepas sye buat keputusan stay kat sini, sye terus dapat offer keje sebagai cost&design engineer kat subang jaya. Tapi akan start September nanti.
..
Saya sebenarnya lgsg tak rancang nak niaga. Tetiba ilham datang untuk buka gerai nasi lemak. Lagipun hobi sye memasak so better sye guna kelebihan sye tu dari sye membazir masa dgn benda tak faedah kan. Bagi sye berniaga nie sgt enjoy dan salah satu sunnah Nabi. Dan 70% pintu rezeki tu adalah daripada perniagaan.
..
Sye dtg shah alam nie memang zero tak bawa apa-apa dari kedah. Tapi kain baju tu bawa la. hehe.. Berbekalkan semangat yg ada, sye try berdikari untuk cari rezeki sendiri. Bagi sye, sye dah mampu untuk uruskan soal diri sendiri tanpa menyusahkan mak sye ataupun family sye. Dan sye akan bangga kalau dapat tunaikan permintaan arwah abah sye untuk tengok sye berjaya. Pasal mak sye memang la dia risau sye dtg sini sebab anak perempuan kan so macam-macam boleh jadi. Tapi insyaAllah atas berkat doa sorang mak, sye akan berjaya juga suatu hari nanti. Terima kasih mak.
..
Okay mesti korang pelik kan mcm mana sye dapat modal sebab td sye cakap sye dtg shah alam zero. Sye memang ada business brand shawl sye sendiri, Qaseh Stalista. Nanti jgn lupa like ye. hehe.. Tapi sye nak simpan duit dari business shawl sye tu untuk design yg baru. Sye dapat modal buka gerai nasi lemak anak dara pun dari teman rapat sye. Nasib baik dia boleh tlg sye bg modal. hehe..
..





Sye pun mula la start beli brg semua. Mesti nak tau kan sapa yg masak. Fully 100% sye buat semuanya sendiri. Berbekalkan ilmu masak yg belajar dari mak, sye masak semuanya sendiri. Terima kasih lg sekali mak. Sye sebenarnya berniaga tepi simpang pun sorang cuma ada juga kadang-kadang kawan teman. Terima kasih. Masuk harinie dah 4 hari sye berniaga. Almost sepanjang sye berniaga sye memang tak cukup tido sebab nak siapkan semua mknn. Tapi disebabkan customer kesayangan sye semua, sye sanggup korban untuk puaskan hati customer. Sye paling suka bila org suka makan masakan sye. InsyaAllah sye akan sentiasa perbaiki skill sye 😊
..
Selesai je berniaga nasi lemak tu, sye terus kemas brg dan angkat semua brg tu naik atas. Rumah sye tingkat paling atas tau kat flat pkns tu. Tapi jgn risau insyaAllah sye kuat dari mental dan fizikal. Nampak sye kecik dan lembut tak semestinya sye tak boleh buat keje cmtu. Sye rasa semua org boleh buat cuma nak taknak je kan. Nasihat sye sapa-sapa nak berjaya kena usaha. Hiraukan apa org cakap pasal kita asalkan benda tu memang di bawah keredhaan Allah.
..
Korang mesti tertanya kan yg nasi lemak anak dara nie sekejap je ke atau berterusan? InsyaAllah akan berterusan sampai bila-bila sebab sye ada plan nak buka kedai sendiri. So lepas nie korang boleh la rasa dan terus makan kat kedai nasi lemak anak dara tu terus. hehehe.. Tapi insyaAllah bila sye dah cukup modal dan still dalam tempoh penyimpanan. Bila dah cukup modal, sye akan buka ye dan akan inform kat korang.
..
Abes tu macam mana dgn offer keje kat subang? InsyaAllah sye dalam proses buat solat istikharah untuk minta petunjuk yg mana sesuai. Tapi jangan risau nasi lemak anak dara sentiasa ada setiap hari cuma akan tutup bila cuti je. Kalau gerai sye tutup, sye akan inform kat facebook sye ye 😊
..

Saya rasa setakat nie je jalan kisah hidup sye sebagai si gadis penjual nasi lemak anak dara. Hopefully jalan cerita sye mampu jadi sumber inspirasi untuk korang semua untuk terus berjaya. Takda dalam dunia nie semua keje senang asalkan kita usaha dan terus berusaha sampai berjaya. Yang penting doa. Doa senjata umat Islam sebab Allah yg beri kita rezeki dan kawal semua yg kita buat.

p/s : Untukmu penjual nasi lemak anak dara, saya doakan anda sukses dalam perniagaan yang anda ceburi. Teruskan niat murni anda untuk menajadi usahawan berjaya.