Saturday, 2 July 2016

INFO RAYA ! SENARAI TERBARU LOKASI AES YANG KONFEM ANDA TAK TAHU. Memang Tak Sangka sampai Banyak ni Kamera AES. Sebarkan kepada Ahli Keluarga.



ADALAH  menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memandu dengan berhati-hati dan mengikut peraturan undang-undang termasuk mematuhi had laju apabila mahu pergi ke mana-mana destinasi.

Boleh dikatakan semua pemandu tahu tentang ini tetapi menjelang musim perayaan seperti pada hari ini di mana lebuh raya ke segenap negeri sudah mula dipenuhi kenderaan, maka ianya perlu diingatkan semula.
Pada masa sama, lokasi-lokasi kamera perangkap kelajuan yang dikongsikan di bawah diharapkan dapat dijadikan petunjuk agar kaki tak terlalu pantas menekan brek apabila perasaan mahu segera berada di kampung halaman menguasai fikiran.
Jom semak lokasinya:

PLUS North Bound (ke Utara)
* Di bawah jambatan kira-kira 456km simpang Sg Buloh
* Di bawah jambatan kira-kira 459km Bukit Lanjan interchange
* Di bawah restoran jejantas di Sg Buloh
* Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km
* Di bawah jambatan di 296.5km, persimpangan Bangi
* Di bawah jambatan baru dibina di 289km, selepas simpang Utara Penilaian
* Di bawah jambatan di 286.5km, simpang Penilaian Utara
PLUS South Bound (ke Selatan)
* Di bawah papan tanda kira-kira 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby
* Di bawah jambatan selepas simpang Subang pada 11.3km
* Di bawah jambatan di 22km simpang Bukit Lanjan
* Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol, 80km/h
* Di bawah jambatan di 302.8km, persimpangan Kajang
* Kira-kira 1km selatan persimpangan Bangi
* Di 296.5km dan 297km, persimpangan Bangi
* Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Nilai Utara
* Di 285.5km dan 285.8km, persimpangan Nilai Utara
* Pada pembahagi pusat 251.8km dan 253km selepas simpang Senawang
* Selepas simpang Alor Gajah di 213.9km, sebelah taman tema air
* Di halangan kanan pada 198.4km. Elite Central Link East / North Bound
* Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar
* Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km/h
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km

Elite Central Link West / South Bound
* Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km/h
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ/Hicom di 10.5km
* Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling flyover (90km/h NKVE East / North Bound)
* 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km/h
* Di sebalik halangan kemalangan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta,di 24.9km 80km/h
* Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km NKVE West/South Bound
* Di sebalik halangan di sebelah kiri apabila keluar tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km/h
* Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km/h
* Dari Jln Duta, di terowong Sg Buloh persimpangan-Y, 22km
* Di sebalik halangan di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
* Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
* Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam

Kesas East Bound
* Di bawah jambatan di 44.8km, turun bukit selepas simpang Puchong
Kesas West Bound
* Di tepi Sg Besi Tol Bound Timur, Kuala Lumpur City
* Jalan Duta; di bawah jejantas di persimpangan Damansara, 70km/h
Klang
* Jalan antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang pada kira-kira 13km, 70km/h
Pantai Timur
* Tanda kamera di lebuh raya Karak adalah tidak mencukupi terutamanya di simpang Y; jika anda tidak biasa maka pandulah dengan perlahan
* East, turun bukit selepas persimpangan Raub
* Maran, 60km/h
* Paya Bungor, 70km/h
JOHOR South Bound
* Persimpangan Tangkak.
* Di bawah jambatan selepas persimpangannYong Peng Utara
* Pada 97.3km
* Persimpangan Ayer Hitam
* Persimpangan Sedenak

PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG
North Bound
* Around Ayer Hitam, 60km/h
* Sebelum Perwaja Steel
* Persimpangan Sg Petani
* Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua

South Bound
* Penang Bridge Island akhir, 80km/h
* Kira-kira 2 km sebelum tol Juru, 90km/h

PERAK North Bound
* Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, selepas Simpang

Kamunting 
* Di bawah jambatan di 204.3km, selepas simpang Kamunting
* Di bawah jambatan di 208km, sebelum simpang Junction
* Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum simpang Kamunting
* Ipoh Vista Point pada kira-kira 263km, 80km/h
* Di bawah jambatan di 271km, simpang utara Ipoh
* Di bawah jambatan di 274.4km, simpang Pulai


“Mama, ni duit yang ganti minyak wangi tu. Mama, Ajim dah tak ada duit raya. Ma, Ajim bayar sikit-sikit dulu tau.” IBU Menyesal tak sudah lepas baca ini. Akhirnya, tiada apa lagi yang tinggal.

“Mama, ni duit yang ganti minyak wangi tu. Mama, Ajim dah tak ada duit raya. Ma, Ajim bayar sikit-sikit dulu tau.”


Kasihan. Si kecil Ajim terpecahkan minyak wangi kesayangan ibunya. Si ibu pantas ‘naik hantu’ dan mengamuk. Namun lihatlah betapa tulusnya si anak memujuk. Si ibu sudah hilang kawalan, namun si anak masih tenang berdepan tekanan dan mengusulkan penyelesaian. 

Diam-diam, Ajim menyelitkan angpau yang berisi semua duit rayanya di celah pintu bilik si ibu. Niatnya cuma satu.. Dia mahu menebus rasa bersalah dengan membayar kos minyak wangi yang dipecahkannya tadi.

Allahu Rabbi! Hati ibu mana yang tidak luluh andai ‘ditegur’ Allah dengan cara seperti ini?

“Saat membaca nota itu, berderai airmata... Meruntun jiwa seorang ibu ini... Habis hilang semua perasaan marah, geram dan kecewa yang bersarang sebentar tadi...Kemudian saya sedar... Hanya kerana benda bersifat sementara saya hampir hilang akal hingga saya hampir saja mengeluarkan kata-kata yang bisa mengguris rasa anak-anak kecil.”

Allah ya Allah.. Mengalir deras airmata saya sewaktu membaca perkongsian Ummu Nurin ini! Ini bukan kisahnya. Ini juga kisah kita. Kisah kelalaian ibubapa dalam mengawal kata.

Saya terkenang kisah seorang ibu yang mengamuk memarahi anaknya bila si anak mencurah air sabun lebihan basuh kereta ke dalam pasu bonsai kesayanganya..

"Aku lebih sayang pokok ni dari kau, tahu!"
Saya teringat kisah seorang ayah mengutuk anaknya.. Tanpa dia sedar, si anak terdengar kata-kata tersebut..

"Itu bukan anak orang. Itu anak anjing!"
Ya Allah.. sungguh kadang kita tak tahu betapa luluhnya hati si anak mendengar kata-kata kita. Ya Allah.. sunguh banyaknya dosa-dosa kita dalam mendidik mereka!

“Mama minta maaf. Tak sepatutnya mama cakap macam tu. Ya Allah.. mama rasa berdosa sangat.”

“Mama minta maaf. Tak betul cara mama pukul awak tadi. Kalau nabi nampak, tentu mama kena marah. Tapi mama hilang sabar. Lain kali jangan buat lagi ya. Mama takut hilang sabar lagi.”

Subhanallah. Saya sendiri pun kadang hilang sabar dengan kerenah anak-anak. Entah berapa kali saya terpaksa meminta maaf dengan anak-anak sendiri. Sungguh. Kadang dalam mengharung keletihan dan kesibukan, sekali sekala kita tersilap juga. Terkeluar juga tindakan yang tidak sepatutnya. Kadang herdikan. Kadang libasan rotan.

Namun sejurus akal mampu berfikir rasional, betulkanlah keadaan. Minta maaf dengan anak-anak kita. Pulihkan semula luka di hati mereka. Insya-Allah. Tindakan meminta maaf sering membantu memulihkan semula situasi.
Anak-anak melakukan kesilapan. Kita juga! Namun jika terlajak kata, ringan-ringankanlah mulut kita meminta maaf . Jangan malu mengakui kesilapan kerana setiap kesilapan menuntut pembetulan!

Ajarlah anak-anak kita menjadi seorang manusia yang sedar bahawa mereka memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, tetapi yang penting ialah kesungguhan mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Memang ada kerenah mereka yang menyakitkan hati kita. Tapi antara kita dan mereka, sememangnya kita lebih waras dan lebih dewasa. Maka, sesakit apa pun yang kita rasa, janganlah melepaskan geram dengan cara yang tak sepatutnya. Orang dewasa harus tahu bagaimana mengubati lukanya tanpa menyebabkan orang lain pula yang terluka!

Marilah sahabat, sama-sama kita cuba tanamkan satu tekad. Awasi kata-kata yang keluar dari mulut kita. Jangan ia menjadi doa yang diangkat ke langit tanpa kita sedar. Bilas kesilapan dengan istighfar. Istighfar.

Kami memohon keampunan-Mu ya Allah. Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah. Satukanlah hati-hati kami dengan anak-anak kami. Janganlah beban kesilapan kami menjadi asbab kesilapan mereka pula. 

Ampunilah kami yang selalu tersilap ini ya Allah. Amin ya Rabbal alamin.
Ummu Nurin, terima kasih kerana berkongsi kisah anak soleh Ajim ini. Insya-Allah ia mencetuskan manfaat untuk ibu-ibu seperti saya.

*Ummu Nurin adalah salah seorang penulis yang berkolaborasi dengan saya menerusi projek buku motivasi rumahtangga - Suamiku Encik Whatever.


"Di Hari Raya ini, Abang CERAIKAN Awak Talak 3 ! Awak Mandul !. Terlantar Isteri solehah di Hospital pada hari raya !. Kasihannya !


Malam.
Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya.
Masing-masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa.
Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu.

Dingin. Tegang. 

Hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai-renyai menambahkan kedinginan. Dingin dalam dua hati.
"Hari ni, hari last kita makan sama-sama."
Si suami berhenti makan. Basuh tangan.
"Sebab?" Isteri berkerut kening.

"Hari ini, abang lepaskan kamu dengan talak satu."
Isterinya itu terus kelu. Baru saja dijamahnya sedikit nasi. Suku pinggan pun belum. Dari tadi menanti suaminya pulang dari kerja. Lewat pula tu.
"Dah lima tahun kita kahwin. Awak faham dengan jelas, kita masih tak ada anak. Abang dah bosan. Bosan menanti. Awak asyik sakit perut, senggugut kuat, masalah dalam peranakan dan macam-macam lagi. Sampai bila nak berubat? 

Abang dah give up.
Abang tak nak poligami. Jadi, ini adalah keputusan terbaik untuk kita berdua."
Si isteri yang sudah jadi bekas isteri dalam sekali lafaz hanya terkedu. Menitiskan air mata.

"Abang, terima kasih atas segalanya. Terima kasih sudi sayang saya selama kita bersama. Jaga saya dengan baik. Maafkan saya tak mampu bahagiakan abang dengan zuriat....maafkan saya, tak sempat pun nak salam tangan abang buat kali terakhir sebagai isteri yang sah.."
Tak mampu dihabiskan kata-kata.
Diganti dengan deraian air mata.

Keesokan hari, mantan isteri dihantar pulang ke rumah keluarganya.
Bekas mertuanya menanti dengan tenang. Tidak marah sedikit pun. Dibiarkan saja bekas suami anaknya itu berlalu pergi dari penglihatannya.
"Jangan sedih. Ayah masih ada. Seandainya semua lelaki dalam dunia ini tak dapat jaga kamu, ayah tetap akan bela kamu sampai ke akhir nyawa. Meski kamu sakit pedih, cacat cela, buruk hodoh sekalipun, ayah tidak akan merasa jijik sedikit atau terbeban langsung dengan kamu.

Ini ujian kehidupan. Masa kamu remaja dulu, kamu fikir hidup berumahtangga itulah suatu kebahagiaan abadi. Namun, sekarang kamu mengerti.
Rumahtangga itu penuh ujian. Mereka yang tidak berumahtangga tidak akan memahami sehinggalah mereka melalui. Ayah percaya, kamu sekarang lebih matang menilai kehidupan.

Akhirat jualah bahagia berkekalan."
Ayah tua itu berkata-kata. Walau dia tahu, kata-katanya tidak mampu meredakan seluruh kecamuk perasaan.
Si anaknya itu cuma mampu memeluk ayah tuanya penuh tangis dan sendu. Dalam dunia yang penuh kejam, ayah sendiri jua yang masih punya hati.
***
Bekas suami tiba di rumah.
Kosong. Sunyi.
Tiada lagi wajah yang selalu dimarahinya. Dihinanya. Diperlinya tiap ketika.
Dibuka pintu bilik. Ada kotak di atas katilnya. Label, 
"Untuk suami tercinta."

Dikuaknya daun kotak. Diteliti satu persatu isi kotak.
Air matanya mengalir sendiri. Tak mampu ditahan lagi.
Dalam kotak, terisi penuh baju bayi. Stoking tangan dan kaki. Sweater. Penutup kepala.

"Abang, sejak awal kita nikah sampailah tahun ni, saya kaitkan semua ini untuk anak kita. Meski tak pasti bila saatnya, tapi saya percaya Allah akan makbulkan jua. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat sana.
Abang,

Setahun yang lalu, saya dengan tidak sengaja membelek fon abang. Masa tu abang tengah tidur. Allah gerakkan hati saya untuk melihat ke Whatsapp abang.
Masa tu, hati saya hancur. Bila tahu, bila lihat, abang mencari yang lain. Bukan itu saja, abang tidak mengaku saya sebagai isteri.
Abang bilang abang tidak pernah cintai diri ini. 

Malahan, pelbagai kata yang tidak baik abang lemparkan pada saya. Sedangkan demi Tuhan, saya sanjung abang sebagai suami sikit pun tidak terusik hati ini untuk tidak setia. Untuk tidak hargai abang. 

Saya hargai penat lelah pengorbanan abang selama ini untuk menyara saya yang tak dapat berikan zuriat pada abang. Tapi, mengertilah, bukankah itu kerja Allah? Bukan kemahuan saya, tapi kehendak Allah? Sungguh, saya mahu jadi seorang ibu. Sumpah, hati ini lagi sedih melebihi kecewanya hati abang.
Abang tidak cuma sakiti hati saya, tapi abang lawan takdir Allah. Abang tak terima Qada' Qadar-Nya. 

Sedangkan Allah sedang menguji. Bukannya menghukum. Siapa yang bersyukur, siapa yang sabar, siapa yang cari-Nya, siapa yang nak jadi hamba-Nya, dan siapa yang nak tuntun tangan isteri bersama-sama ke Syurga.

Apakah tidak bahagia rumahtangga itu andai cuma ada kita berdua? Bagi saya, sudah cukup Allah bagi saya seorang suami. Saya tak layak minta lebih dari Allah. Ini saja sudah cukup membahagiakan hati. Itu yang saya fikir. Itu pendirian saya.

Saya diam sebab saya sayang abang sepenuh hati. Saya tak mengadu pada sesiapa agar abang tidak mempunyai isteri yang nusyuz. Saya tak mengadu di page rumahtangga membuka pekong sendiri, berbuat dosa. Saya hanya ada Allah di sisi.

Semuanya sudah saya tahu. 
Tiada apa lagi abang perlu sorokkan atau nafikan. Di sudut hati, berharap abang kembali ke sisi diri. Menunggu cinta tulus abang. Siang dan malam doa yang sama saya panjatkan. 
Tapi, saya terus dilupa.

Moga abang bahagia dengan pengganti saya. Sikit pun saya tak dendam atau sakit hati lagi. Saya cuba mengerti. Cuba reda sepenuh hati. Kerana selama ini, tugas saya pada abang adalah setia mencintai. Abang bagi saya tempat berteduh dan berlindung, beri saya makan dan pakai, beri saya secebis kasih sayang, semua itu dah lebih dari cukup. Saya tak layak minta lebih dari itu.
Salam sayang. 
Isterimu."

Lelaki itu menahan sebak di dada. Rasa bersalah menguasai jiwa. Lantas diambil kunci kereta. Mahu pulang segera ke kampung mertuanya.
***
Di kampung, bekas isteri sakit kritikal dalam perut.
Rupanya barah rahim.
Jadi rahsia selama ini.

Antara dia dengan ayahanda tercintanya.
Bertarung dengan nyawanya sendiri. Sudahlah hati robek dilukai, sakit ditanggung tidak terperi. Pengorbanan demi pengorbanan hati. Dilupa dan diluka jiwa dan raga. Telan walaupun tahu penantiannya tidak berbalas. Sia-sia.


Sudahnya, ayah tua itu menitiskan air mata di sisi anaknya.
Tanpa daya upaya.
Dalam penglihatan isteri, wajah suaminya muncul dalam samar dan kelabu. Cuba mengukir sebuah senyuman. 
Hatinya bersenandung lemah.


"Aku doa kau bahagia tanpaku...selamanya."
Suaminya meriba sekujur jasad yang diam bisu. Pernah setia padanya di suatu sudut waktu.

Sebuah karya: Muhammad rusydi Paling Panas :


TERBONGKAR ! CERITA SEBENAR LINDA ONN DAN ADIBAH NOOR "LARI" DARI SINAR FM ! DIDEDAH SENDIRI OLEH SURIA FM.



Pihak pengurusan Suria FM menyangkal dakwaan pengunduran tiga penyampainya iaitu Adibah Noor, Baki Zainal dan Linda Onn dari stesen itu disebabkan perselisihan faham dengan pihak syarikat.

Pengurus Besar Program Suria FM, Subarma Mokhtaruddin atau lebih dikenali sebagai Subi berkata, pengunduran Adibah dan Baki yang mengendalikan segmen Ceria Pagi Suria adalah keputusan mereka sendiri selepas kontrak tamat baru-baru ini.

Adibah dan Baki telah memberikan komitmen terbaik sepanjang berkhidmat bersama Suria FM dan mereka juga ingin kembali aktif dalam karier masing-masing iaitu nyanyian dan pengacaraan televisyen.

“Ia adalah keputusan mereka untuk mengundurkan diri dan Suria FM perlu melangkah kehadapan dalam memastikan kehendak pendengar dipenuhi,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Linda, Subi berkata, pihak pengurusan mengambil keputusan tidak menyambung kontrak personaliti itu kerana merasakan sudah sampai masanya stesen berkenaan menampilkan deejay baharu yang lebih segar untuk pendengar.

Bagaimanapun kata Subi, beliau menyangkal tuduhan kononnya tindakan itu dibuat secara mendadak sebaliknya Linda telah dimaklumkan seminggu lebih awal sebelum dia menghabiskan cuti sementara kontrak tamat.

“Secara teknikalnya Linda masih bekerja dengan Suria FM kerana kontraknya hanya akan tamat pada 30 Jun (hari ini).

“Tetapi dia tidak lagi ke udara sejak Jumaat lalu kerana sedang menghabiskan cuti tahunan sebelum kontrak tamat.

“Pihak Suria FM ingin melangkah kehadapan dengan mencari bakat-bakat baharu yang lebih segar buat pendengar,” jelasnya.


PESANAN PENTING DR MAZA . TOLONGLAH, JANGAN BUAT BENDA INI DI HARI RAYA KALI INI ! KALAU ANDA TIDAK MAHU RASA AKIBATNYA. SEBARKAN KEPADA AHLI KELUARGA !

Hukum Ziarah Kubur Pada Hari Raya. Ini Jawapan DrMaza Yg Buat Ramai Umat Islam TERPANA !!! | Soalan:- Dr Asri, selamat hari raya, walaupun banyak hari lagi. Soalan, biasanya setiap pagi hariraya saya dan keluarga akan ke kubur arwah ibu kami. Hubungan kami dahulu amat rapat. Apabila di kubur, saya akan cuba ingat memori lama dengan ibu dan saya akan menangis sepuasnya. Saya ceritakan perkara ini kepada kawan sepejabat saya. Dia kata tak baik bersedih pada hari raya. Dia pun ada mention nasihat Dr Asri supaya jangan sedih pada hari raya. Saya sudah lama terbiasa sedih pada hari raya. Rasanya kosong pula kalau tidak menangis pada hari raya. Boleh Dr Asri jelaskan sedikit panduan hari raya?
Ina, Johor

Jawapan Dr MAZA: Saudari Ina yang dihormati. Saya percaya saudari seorang yang sentiasa ingin mencari redha Allah dan RasulNYA, sebab itu saudari ingin memastikan hariraya saudari mengikut panduan yang betul. Saudari hariraya adalah hari yang dikhususkan kepada kita untuk bergembira, bukan untuk bersedih. Banyak perkara jika hendak disebutkan mengenai hari raya, namun dalam ruang yang terbatas ini saya jawab persoalan saudari seperti berikut:

1. Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. Firman Allah:

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(maksudnya) “..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).
Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.

2. Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Dalam Sahih al-Bukhari ada بَابُ شُهُودِ الحَائِضِ العِيدَيْنِ وَدَعْوَةَ المُسْلِمِينَ، وَيَعْتَزِلْنَ المُصَلَّى (Bab Wanita Haid Menghadiri Dua Hariraya dan Seruan Kaum Muslimin Serta Menjauhi Tempat Solat) Kata Ummu Atiyyah r.aha:
أُمِرْنَا أَنْ نُخْرِجَ الحُيَّضَ يَوْمَ العِيدَيْنِ، وَذَوَاتِ الخُدُورِ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ المُسْلِمِينَ، وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلُ الحُيَّضُ عَنْ مُصَلَّاهُنَّ
“Kami (kaum wanita) diperintahkan (oleh Rasulullah s.a.w) agar membawa keluar wanita haid pada hari raya fitri dan adha; termasuk juga para gadis agar menyertai perhimpunan dan seruan kaum muslimin. Adapun mereka yang haid menjauhi tempat solat (tidak solat)” (Riwayat al-Bukhari).
Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke perhimpunan solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum muslimin.

3. Justeru itu, Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى المُصَلَّى، فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ
“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari: “Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”. Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahir suasana tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati, atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orangramai. Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu menyebut: “Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).

4. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha: bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda:
يَا أَبَا بَكْرٍ، إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا
“(Biarkan mereka) wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya, hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya yang menimbulkan suasana kegembiraan adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia bertentangan dengan konsep hari raya dalam Islam.

5. Kata Ummul Mukminin ‘Aishah r.ha:
وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ، يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالحِرَابِ، فَإِمَّا سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِمَّا قَالَ: «تَشْتَهِينَ تَنْظُرِينَ؟» فَقُلْتُ: نَعَمْ، فَأَقَامَنِي وَرَاءَهُ، خَدِّي عَلَى خَدِّهِ، وَهُوَ يَقُولُ: «دُونَكُمْ يَا بَنِي أَرْفِدَةَ» حَتَّى إِذَا مَلِلْتُ، قَالَ: «حَسْبُكِ؟» قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: «فَاذْهَبِي»
“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.
6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.

7. Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:
نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا
“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang” (Riwayat Muslim).
Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat. Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.

8. Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.

9. Pada hariraya disunatkan mandi, berwangian, berpakaian cantik dan berjumpa orang ramai. Dalam hadis Jabir r.a berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).
Maksudnya, jalan pergi ke tempat dan pulang yang berbeza. Kemungkinan antara hikmahnya untuk berjumpa orang ramai. Maka, berjumpa orang ramai pada hari raya adalah digalakkan dan itu patut menjadi tumpuan, bukan pergi menemui yang telah meninggal dan bersedih di kubur.
10. Pertemuan pada hariraya bukan untuk mencurahkan airmata, tetapi untuk mengucapkan ucapan kejayaan. Para sahabah apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLlah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356). Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan kedukaan.

11. Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan. KREDIT FB DRMAZA.


Akhirnya ! Cerita Sebenar Ayuni DICULIK DIDEDAHKAN kepada Umum. Harapkan Pagar, Pagar makan Padi. Rupa-rupanya yang Menculiknya sebenarnya

Bapa minta tolong cari Ayuni Idora

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Ayuni Idora Deraman dikatakan ke pasaraya tersebut untuk membeli persiapan hari raya bersama keluarganya.

Bapa mangsa, Deraman Mat Ail, 61, berkata, semasa kejadian semua ahli keluarganya telah memasuki pasaraya untuk membeli belah manakala dia berada di luar pasaraya tersebut.

“Kali terakhir Ayuni dilihat berada di ruang legar pasaraya tersebut manakala keluarga yang lain berada di tingkat satu.


“Kami bimbang apabila penculik tersebut telah menggunakan nombor telefon anak saya untuk menghantar pesanan aplikasi WhatsApp kepada isteri saya meminta wang tebusan sebanyak RM5,000,” dakwanya ketika dihubungi.

Deraman berkata, sekiranya mereka enggan membayar wang tebusan penculik terbabit mengugut akan melarikan anak perempuan mereka ke Kuala Lumpur.

“Kali terakhir anak saya dilihat dia memakai baju T berlengan panjang berwarna merah berseluar jalur putih serta bertudung gelap.

“Kami berharap orang ramai dapat membantu mengesan anak saya sekiranya terlihat dia di mana-mana. Kami sekeluarga bimbang akan keselamatannya,” katanya.


Kejadian tersebut menjadi viral di laman facebook sejurus remaja tersebut didakwa dilarikan.‎


Akibat Tidak Mandi Wajib selepas Haid, Wanita ini terima AKIBAT yang sangat MENGERIKAN di Pagi Raya.


Seram: Akibat Tidak Mandi Wajib Selepas Haid|Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ni nak share kisah seram yang mungkin boleh memberi sedikit pengajaran buat kita semua. kami endiri tidak pasti kisah ini adalah kisah benar atau rekaan semata-mata. Tapi sebetulnya kisah ini memang boleh memberi pengajaran buat kita terutama wanita di luar sana.


Kisah seram ini bukan berlaku pada saya tapi pada kawan kakak saya. Kisah in berlaku kira2 pada tahun 80an. Kakak saya mempunyai kawan perempuan yang agak terkenal akan kenakalannya, namanya Ju. Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan agama. Kalau datang bulan tak pernah mandi hadas atau mandi wajib. Apa yang berlaku, satu hari dia bersiar2 dengan teman lelakinya di kawasan Clementi Woods.

Sedang asyik mereka berbual2 di situ, tiba2 teman lelakinya nampak cemas dan terus ajak pulang. Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2. Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan. Sebab tulah tak suka balik siang. Kerana terpaksa, dia pun pulang. Kerana dia ni tak ada pantang larang, dia balik, buka pintu, dalam gelap2 dia masuk bilik. Tak cuci kaki, tak cuci muka, terus baring di atas katil. Tiba2 sedang dia pejamkan mata, dia terdengar bunyi macam orang mengebas cadar, kuat bunyinya.

Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke tengkuk. Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor, baca apa pun tak guna. Kemudian dia terdengar bisikan di telinga, “Nak tidur Ju???” Dia tak pasti samada dia dengar “Cu” atau “Ju” iaitu namanya.

Walaupun sedang dalam keadaan takut, dengan mata tertutup, dia merangkak di lantai dan menuju ke pintu. Dia tahu selok-belok bilik itu kerana ada katil dan satu almari di tepi sahaja, jadi tengah2 semua kosong. Namun, semasa merangkak di tengah bilik, dia terlanggar sesuatu.
Dia pun apa lagi, terus cepat2 meluru ke pintu dalam keadaan merangkak. Dia terus mengetuk bilik kawannya. Lama juga baru kawannya buka dengan suaminya di sebelah. Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda2 ni, apalagi muka suaminya punyalah berang.


Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa terjadi tak payah cerita pun. “Kau pergi mandi sekarang, menyusahkan orang aje bawak benda2 ni balik…” Sesudah mandi, dan suami kawannya dah halau benda tu keluar, dia nak tidur dalam bilik temannya tapi suami temannya tak benarkan, memang padan muka dia. Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al-Qur’an di tepi kepala, dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap. Berdesing telinganya. Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium…