Manakala fikri ayah mangsa mengatakan ketika ia menghantar anak gadisnya itu balik semula dalam perjalanan mangsa ada bercerita bahwa dia bertengkar dengan seorang wanita.
Dia mengaku pertengkaran itu berlaku di tempat kerjaya pt polyta global mandiri..tapi setelah bertengkar katanya dia menertawakan wanita itu ketika lalu di hadapannya.
Dia balik kampung pada jumaat awal bulan,pada jumaat ini dia sudah meninggal,sebelum malam kejadian anak saya sempat menelepon saya bahwa dia gaduh dengan seorang wanita berkait hubungan cinta,tapi anak saya tidak bagi tau dengan jelasnya.
Tapi dia katakan bahwa dia di ugut dan di seret keluar,dalam panggilan telepon itu anak saya juga mengatakan bahwa dia akan membawa sesuatu untuk keluarganya di rumah. katanya.
tau apa maksud kata katanya,luah ibu mangsa.
Manakala malam kejadian keluarga itu juga mengaku bahwa mendengar suara burung hantu di sekitar rumah mereka sepanjang malam.
“kalau tidak bisa cara halus cara kasar saya lakukan”tapi saya tidak tau apa maksud kata katanya,luah ibu mangsa.
Saya merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan anak gadis saya,ceritanya tentang pergaduhan itu membuat saya menelponnya dengan segera,beberapa kali saya cuba namun tidak berjawab.
Hinggalah keesokan harinya Saya di maklumkan rakan sekerjanya bahwa anak gadis saya di temukan tewas.katanya
RIYADH - Sebelum ini terdapat cerita viral 'anjing selamatkan bayi' di media sosial dan kini, gambar didakwa wajah terbaharu bayi itu setelah diselamatkan pula tersebar.
Kejadian yang berlaku di Jordan dikatakan melibatkan seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat itu, dibuang oleh ibunya di sebuah rumah kosong yang terbiar tanpa sebarang pakaian.
Bagaimanapun, mujur seekor anjing berwarna coklat terang dilaporkan menjumpai bayi berkenaan dan menyalak keluar dari rumah terbiar itu dan membawanya ke rumah seorang penduduk berhampiran.
Susulan itu gambar anjing 'menyalak' seorang bayi tersebar meluas di laman sosial.
Rata-rata netizen di media sosial memuji tindakan anjing yang dianggap lebih berperikemanusiaan daripada ibu bayi itu.
Gambar tersebut menjadi viral di laman sosial di Arab Saudi beberapa bulan lalu dengan keterangan ianya kejadian di salah satu negara "Gulf Kingdom".
Walau bagaimana pun sejauh mana kesahihan berita ini dan sama ada benar bayi yang dimaksudkan adalah bayi sama yang comel tersenyum, tidak dapat dipastikan kebenarannya
KUALA LUMPUR 26 Mei - Pelakon popular, Mira Filzah menegaskan dia masih solo dan tidak menjalinkan apa-apa hubungan cinta dengan pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak.
Menafikan gosip yang mengatakan dia dilihat semakin rapat dengan pelawak itu, Mira berkata, hubungan mereka hanya sekadar teman sesama industri dan tidak lebih daripada itu.
Baru-baru ini, mereka dilihat berdua-duaan membuat laporan polis setelah pelakon Cinta Si Wedding Planner itu dikatakan terlibat dalam satu kemalangan kecil.-
Baru-baru ini ada dakwaan mengatakan Mira Filzah dan Zizan Razak kini sedang menjalinkan hubungan rapat dan berkemungkinan sedang dilamun cinta. Namun begitu, Mira Filzah tampil menafikan dakwaan itu dan mengatakan beliau masih sendirian dan tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa ini.
Memetik laporan Utusan Online, pada masa yang sama, Mira menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin diantara beliau dan Zizan hanya sebagai teman rapat sahaja dan tidak lebih daripada itu. Malah jelasnya lagi, beliau dan Zizan berada didalam industri yang sama jadi hubungan itu terjalin hanya sebagai teman sesama industri.
Desas-desus mengenai gosip cinta diantara mereka mula tercetus apabila mereka dikatakan dilihat berdua menemani Mira membuat laporan polis selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil baru-baru ini. Hubungan mereka juga mula mendapat perhatian ramai sejurus selepas kejadian itu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Sebelum ini, Mira pernah menyatakan bahawa kerjayanya sebagai insan seni membuatkan beliau sendiri tidak mempunyai masa untuk mencari kekasih hati kerana jadual kerjaya yang padat sehari-harian. Malah beliau juga menafikan sekeras-kerasnya jika terdapat sebarang gosip cinta yang dikaitkan dengannya
Tanda Tanda Wanita Mengandung Anak Jin| jin, seperti juga manusia, boleh menghamilkan seseorang wanita yang disetubuhinya dan seterusnya melahirkan anak kacukan jin-manusia.
Ini dinyatakan oleh Prof Madya Dr Haji Jahid Haji Sidek, bekas pensyarah di Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Bahagian Usuluddin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang kini merupakan pengamal perubatan Islam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kisah utama yang dipaparkan dalam VARIASI keluaran ini di mana seorang wanita mengesyaki dirinya pernah disetubuhi oleh hantu raya belaan suaminya. Malah wanita iru bimbang kalau-kalau ada antara anak-anaknya adalah hasil hubungannya dengan hantu raya tersebut.
"Ya, seseorang wanita boleh melahirkan anak jin jika dia telah berjimak dengan jin itu. Selalunya perkara ini terjadi pada para isteri yang suami mereka ada menyimpan belaan seperti hantu raya. Dalam hal ini, jin pun ada nafsu batin juga. Dia akan mendatangi isteri tuannya tadi dengan menyerupai tuannya lalu melakukan jimak.
"Ramai isteri yang tertipu kerana jin itu menyerupai suami mereka. Cara mereka berjimakpun sama seperti kita, manusia. Dan benih jin yang masuk ke dalam rahim isteri tuannya tadi juga boleh mengandungkan si isteri tadi/' jelas Ustaz Jahid.
Kata Ustaz Jahid lagi, bayi campuran manusia dan jin iru tetap dilahirkan normal seperti bayi manusia yang lain.
"Zuriat begini walaupun ada darah jin tapi bila lahir ke dunia, dia akan jadi manusia biasa seperti kita. Dan golongan ini jika kita buat ujian DN A, ianya tidak akan sama dengan ibu bapanva kerana dia adalah campuran jin. Cuma, setakat ini rasanya perkara ini belum pernah dibuat' terang Ustaz Jahid.
Bagaimanapun menurut Ustaz Jahid, secara zahir memang sukar untuk kita menuduh seseorang itu sebagai anak jin walaupun ibunya pernah mengadakan hubungan kelamin dengan makhluk jin.
"Seperti juga manusia., tentu sukar untuk kita meneka adakah anak yang dilahirkan anak kandung si suami atau tidak walaupun terbukti isterinya pernah melakukan zina dengan lelaki lain. Kecuali jika dibuktikan melalui ujian DNA.
"Begitu juga dengan jin. Walaupun terbukti si isteri pernah disetubuhi oleh jin tapi sukar untuk kita menyatakan anak yang dilahirkan-nya adalah anak jin kerana dia juga melakukan jimak dengan suami-nya."
Ciri-ciri untuk mengenal pasti anak itu keturunan jin, Ustaz jahid menjelaskan
"Kehidupannya seperti manusia. Cuma kita boleh nilai perangainya. Kalau anak hantu raya, sudah tentu-lah perangainya juga macam hantu rava. Pun begitu, memang terlalu sukar untuk kita mengenal pasti. Kalau kita lihat keadaan sekarang, anak manusiapun berperangai macam jin," kata Ustaz Jahid.
Menurut Ustaz jahid, seorang rakannya pernah menceritakan kisah sepasang remaja yang tidak dapat berkahwin walaupun berlainan keluarga.
"Keluarga pasangan ini berkawan baik. Jadi, bila anak-anak mereka dan besar, mereka ingin mengahwinkan anak mereka. Pasangan itu juga menyukai antara satu sama lain. Maklumlah, dah berkawan sejak kecil. Akhirnva mereka ditunangkan. "Dalam waktu menunggu masa tarikh perkahwinan mereka, ada bapa jin datang bertemu mereka berdua dan mengatakan mereka tak boleh berkahwin. Jin itu menerangkan dia adalah bapa sebenar kepada pasangan itu, bermakna pasangan itu adalah adik-beradik kerana mempunyai avah yang sama daripad a golongan jin.
"Akhirnya, pasangan itu mengambil keputusan tidak jadi melangsungkan perkahwinan mereka dan memberitahu kepada kedua keluarga tentang hal itu. Mereka tak sangka ayah mereka dari kaJangan jin. Rupanya, bapa jin itu dulu ber-jimak dengan kedua-dua ibu pasangan tersebut.
"Bagaimana bapa jin itu datang menemui anaknya tidak dapat saya pastikan kerana cerita ini diceritakan oleh seorang kenalan saya," cerita Ustaz Jahid.
Tambahnya lagi, mungkin jin yang seperti diceritakan dalam kes pasangan tersebut adalah jin Islam. Kerana itu dia melarang anak-anak-nya itu berkahwin kerana mereka adalah adik-beradik.
"Sama juga macam manusia. Memang tidak boleh dan tidak berlaku dalam masya-rakat kita adik-beradik berkahwin sesama sendiri. "Isteri yang tahu suaminya ada membela sesuatu sebaiknya cuba menasihatkan suami supaya meninggalkan amalan tersebut. Kerana dalam hal ini, isteri menjadi mangsa nafsu peliharaan suaminya itu.
"Walaupun peliharaan itu datang menyerupai si suami, selalunya isteri pasti dapat mengesan perubahan pada sikap suaminya itu. Jika isteri dah rasa was-was atau tidak yakin itu suaminya, jangan layan ketika berada di ranjang. Berdosa seseorang isteri melayan orang yang diraguinya bukan suaminya tetapi menyerupai suaminya kerana itu adalah permainan jin' nasihat Ustaz Jahid.
TANDA WANITA DIROGOL JIN
Dapat di kesan Tanda2 peringkat awal :
1) Tidur dihimpit lembaga
2) Terasa seperti ada sesuatu baring atau tidor disebelah
3) atau ternampak kelibat lembaga.
MAkhluk jin ini sentiasa memerhatikan mangsanya tidur seperti :
1) Suka tidur keadaan sexy
2) Suka tidor terkangkang
3) Tidor seorang diri atau
4) Tidor tapak tangan tebuka
5) Tidor Suka telentang.
Oleh sebab itu Nabi SAW "melarang wanita tidur telentang dan lelaki tidor meniarap" ,Sunnah NabiSAW sendiri mengajar agar kita tidor secara mengiring dengan mengepit kaki.
BAGAIMANA MENGESANNYA:
1) BAngun tidUr badan rasa letih2
2) Ada kesan lebam di peha atai celah peha
3) Mendengar sesorang main Guli @
4) Mendengar sesorang berbisik di telinga
5) antara lain di kaki ada seperti corak batik
Biasanya perkara ini berlaku pada peringkat 26-30 tahun , terjadi kpd wanita yg berkerja. dan malas untuk memikirkan soal kahwin.
PERINGKAT AKHIR:
Apabila berlaku kes rogol begini, wanita akan membiarkan karenah ini kerana merasakan tidak mampu melaawan lagi kerana sudah terlalu lama dan akhirnya mereka biarkan sahaja. Pengalaman ini akan menjadi wanita merasai
1) Khayal dan lazat
2) Tidak bercumbuan dan bersetubuh
3) Tidak merasakan mahu berkahwin
4) Klimaks atau basah dgn mencapai nikmat jimak
5) ada kes tertentu wanita merasakan mengandung dan melahirkan anak dalam mimpi serta menyusukan babi @ dipanggil SAKA yg diturunkan dari anak Jin itu.
6) Ada juga kes anak yang ndikandung itu hilang bila kandungan mencecah 9 bulan. Tanpa diduga. Menurut Dr Haron Din antara lain kemungkinan besar benih jin itu lebih besar dr benih manusia dan menyebabkan jin itu mengambil anaknya.
Tanda tanda wanita mengandung anak jin.
1.Emosi tidak stabil
2.Panas baran
3.Sering bersendirian dan takut dengan orang.
4.Sering bermimpi berjimak
5.tidak memikirkan tentang jodoh
6.perut buncit seperti halnya orang mengandung(apabila cukup bulan isi kandungan hilang)
Jika anda, anak anda atau Isteri anda mengalami masalah seperti yang saya sebutkan di atas, berSEGERAlah menemui Perawat Islam bagi Menangani masalah itu denga segera.
GURUN, 25 Mei — Masa depan seorang ibu dengan 10 anaknya begitu kelam akibat kesempitan wang sehingga memaksa mereka memakan nasi digaul dengan garam.
Akibatnya anak Nur Atikah Abdullah, 38, jatuh sakit kerana tiada wang membeli makanan.
“Saya terpaksa menjual tong gas sebagai pertukaran bagi membeli makanan selepas anak menjadi lemah dan terbaring di lantai kerana makan nasi 'berulamkan' garam selama dua hari disebabkan tiada wang untuk membeli makanan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Atikah hilang tempat bergantung dan terpaksa menyara anaknya berusia antara dua hingga 22 tahun selepas suaminya menjalani hukuman lapan bulan penjara kerana berniaga tanpa lesen.
Katanya, enam anaknya yang berusia antara 8 hingga 16 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu membayar yuran, selain tiada kenderaan untuk ke sekolah.
“Mereka hanya sempat bersekolah seminggu saja pada awal Januari lalu sebelum wang perbelanjaan kami habis.
“Saya menjual kereta milik suami kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan,” katanya.
Beliau cuba bekerja sebagai pembancuh air di Johor Baru dengan gaji RM80 sehari, namun tidak kekal lama kerana bimbang dengan keadaan anak-anak yang terbiar di rumahnya di sini.
Beliau juga pernah cuba menjalankan perniagaan pakaian bersama rakan, malangnya ditipu pembekal yang bertindak melarikan wang modal.
Walaupun mendapat bantuan bulanan Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) sebanyak RM500, namun jumlah itu tidak cukup untuk menampung keperluan, yang menyewa RM400 sebulan di Taman Murni.
Kisah hidup Atikah yang tersebar melalui WhatsApp mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda yang menghulurkan bantuan segera RM150 serta barang keperluan asas.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun anaknya Bank Simpanan Nasional 02116-29-00013459-2 Nurul Nabila Mohamad Haris.
KUALA LUMPUR, 25 Mei ― Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen menentang Barisan Nasional (BN) agar mereka dapat beradu kekuatan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata negara ini bebas dan mantan perdana menteri itu tidak dihalang berkempen dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar.
Kerajaan kini tidak lagi menahan sesiapa bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tambah ahli parlimen Padang Rengas yang bersempadan dengan kerusi tersebut.
“Kita mengalu-alukannya. Saya tunggu dia di Kuala Kangsar untuk bertumbuk-tumbuk. Untuk melawanlah,” kata Nazri kepada pemberita di lobi Parlimen.
Nazri berkata kehadiran Dr Mahathir semasa dua pilihan raya kecil ― termasuk di parlimen Sungai Besar ― tidak menjejaskan peluang BN kerana negarawan itu sudah pun hilang wibawanya.
Malah, dakwa menteri pelancongan dan kebudayaan lagi, Dr Mahathir hanya akan merosakkan lagi peluang parti yang cuba dijuarainya.
“Itu banyak membantu kita. Tiada yang mempercayainya lagi. Dia bukan lagi negarawan.
“Ramai yang sudah hilang kepercayaan padanya dan juga pada perwatakannya yang tidak selayaknya,” katanya.
Dua pilihan raya itu akan diadakan antara 5 hingga 18 Jun ini susulan kekosongan yang ditinggalkan wakil-wakil rakyatnya yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak awal bulan ini.
KUALA LUMPUR, 25 Mei — Teguran Awie agar Search memberikan bantuan kepada pemain dramnya Yazit Ahmad dikesali oleh Amy, vokalis kumpulan rock legenda itu.
Amy, nama glamor Suhaimi Abdul Rahman, berkata vokalis Wings tidak wajar mengaitkan hal peribadi dan ibadah apabila mengulas masalah Yazit.
"Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak.
"Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja," katanya seperti dilaporkan portal Astro Awani hari ini.
Awie, nama popular Ahmad Azhar Othman, menasihati Amy agar memberi lebih perhatian kepada Yazit yang sakit selama enam tahun.
Tambahnya, tidak wajar Amy sebagai pengasas sekolah tahfiz tetapi mengabaikan Yazit yang kini sedang menjalani rawatan dialisis.
“Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.
“Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini,” kata Awie kepada ProjekMMO kelmarin.
Ketegangan antara Yazit dan Amy muncul susulan dakwaannya Search tidak membayar wang pendahuluan konsert 35 tahun, kini dibatalkan, sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis.
Pemain dram itu juga mendakwa Search tidak membantu rawatannya walau beliau seorang pengasas kumpulan tersebut. Dakwaan itu dinafikan oleh Amy.
Awie berkata ahli-ahli Search juga harus bermuhasabah dan mengetepikan ego masing-masing.
Katanya, Yazit harus dibantu kerana pengasas kumpulan rock itu hanya menjadikan muzik sebagai satu-satunya sumber pencarian.
“Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego,” katanya.
“Kita perlu tolong kerana ini membawa kepada saham akhirat. Kalau kawan kita yang sedang sakit ini, kita nak kenakan dia lagi, ini bukan kawan,” katanya.
Amy pada minggu lalu menafikan ahli-ahli lain Search mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan.
“Saya ada gambar dengan dia di hospital. Saya tidak pernah keluarkan gambar itu kerana saya tidak mahu orang ramai tengok kawan saya dalam keadaan sakit.
“Jangan cakap kami penipu, tidak pedulikan dia. Dia bukan hidup sebatang kara nak cakap begitu. Dia ada anak-anak yang sudah besar. Ada adik-beradik.
“Cakap macam tidak ada sesiapa, macam kawan-kawan saja yang ada,” katanya kepada ProjekMMO selepas sidang media pembatalan konsert ulang tahun 35 Search.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/amy-search-kecewa-nasihat-awie-macam-pijak-ibadah-saya#sthash.9Yvcgb2X.dpuf